Jumaat, 10 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Parah dibelasah geng samseng

Posted: 09 Jun 2011 05:00 PM PDT

Parah dibelasah geng samseng SELAYANG – Seorang lelaki nyaris maut dibelasah sekumpulan dipercayai geng amseng ejen hartanah tidak berlesen dalam kejadian sekitar kawasan komersil di The Strand, Kota Damansara di sini.

Pengerusi Biro Aduan MCA Bahagian Selayang, Johnson Ooi Chin Hong berkata, kejadian berlaku malam kelmarin dipercayai berpunca apabila samseng berkenaan berang selepas pelekat dan kain rentang 'ejen haram'nya ditanggalkan.

"Mangsa, hanya mahu dikenali sebagai Foo, 30, tinggal di Selayang Jaya dan bekerja sebagai ejen hartanah berlesen bersama isterinya sejak lima tahun lalu sekitar Kota Damansara.

"Sebelum kejadian, individu daripada kumpulan terbabit menghubungi Foo dan memaklumkan hendak berjumpanya bagi membincangkan mengenai kain rentang ditanggalkan di sebuah premis yang sudah dijual oleh Foo," katanya.

Chin Hong berkata demikian semasa melawat Foo di Hospital Selayang semalam dan telah membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Kota Damansara.

Menceritakan detik kejadian melalui makluman isteri mangsa, Chin Hong berkata, semasa bertemu kumpulan terbabit sekitar jam 11 malam, sekumpulan 10 ke-15 lelaki berbangsa Cina datang kepada Foo.

"Tanpa perbincangan lanjut, Foo terus dibelasah di bahagian kepala, tangan, kaki dan badan sehingga pengsan. Dia mengalami cedera parah di kepala dan patah tangan.

"Manakala seorang lagi rakannya menemaninya ketika itu turut dibelasah di belakang badan, namun sempat melarikan diri. Mujur ketika itu isterinya yang tidak senang hati telah ke tempat kejadian dan mendapati suaminya terbaring di jalan raya," katanya.

Menurut Chin Hong, susulan kejadian itu, pihaknya berharap polis memantau lokasi kejadian dan mengambil tindakan terhadap individu bertanggungjawab memandangkan mangsa yang sempat mencatat nombor plat kereta kumpulan terbabit.

Sementara itu, isteri Foo yang enggan dikenali berkata, hanya terdapat dua ke tiga ejen hartanah bertauliah di kawasan komersil terbabit, manakala sebahagian besarnya tidak berlesen.

"Kita harap ejen tidak berlesen dapat dipantau, supaya samseng itu tidak mudah melakukan jenayah sebegini kepada orang lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved