Jumaat, 10 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tukang urut ditemui mati

Posted: 09 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tukang urut ditemui mati KULAIJAYA – Seorang tukang urut tradisional ditemui mati dalam keadaan terbaring di rumah urutnya di Jalan Sultan Ismail, Kampung Melayu di sini, kira-kira jam 12.15 tengah hari, semalam.

Mangsa, Osman Ahmad, 62 atau lebih dikenali sebagai Pak Man ditemui di tingkat dua berhampiran pintu rumah urutnya itu manakala seorang lelaki yang dipercayai ada bersama mangsa melarikan diri dengan menaiki bas dari stesen berhampiran.

Salah seorang saksi, Osman samad, 82, berkata, dia serta jiran berhampiran terdengar suara orang menjerit meminta pertolongan sebelum terdengar bunyi :kekecohan dari arah rumah mangsa.

Katanya, dia juga sempat berbual bersama lelaki itu dan bertanya mengenai perihal Pak Man, namun tidak menyangka kejadian buruk yang menimpa Pak Man kerana lagak lelaki itu yang dikatakan begitu bersahaja sebelum melarikan diri.

"Selepas terdengar suara orang meminta tolong kami segera menghubungi pihak polis dan ternampak seorang lelaki berbadan gempal memakai baju berwarna coklat dan menyandang sebuah beg berwarna hijau pada badannya turun dari rumah Pak Man.

"Pakcik segera memanggil lelaki berkenaan manakala beberapa jiran lain naik ke atas rumah untuk meninjau keadaan Pak Man.

"Pakcik tanya kepada lelaki itu mengapa Pak Man menjerit meminta tolong, tetapi katanya dia hanya membantu Pak Man yang terjatuh ketika sedang mengurutnya," katanya.

Osman berkata, lelaki itu kemudiannya berlalu dalam keadaan bersahaja dari perkarangan rumah urut tradisional itu sebelum berlari ke arah terminal bas meninggalkan lokasi kejadian.

"Pakcik minta dia tunggu sekejap tetapi dia terus pergi sebelum salah seorang jiran yang meninjau keadaan di rumah Pak Man dan menjerit bahawa Pak Man sudah meninggal.

"Pakcik sungguh tidak menyangka kejadian ini akan menimpa Pak Man kerana dia baru sahaja singgah ke gerai saya beberapa jam sebelum kejadian untuk membeli makanan tengah hari," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, terdapat kecederaan pada bahagian belakang kepala mangsa yang berpunca dari kesan hentakan dengan lantai.

Bagaimanapun katanya, hanya telefon bimbit milik mangsa masih belum ditemui manakala beg duitnya terdapat di dalam rumah urut berkenaan dan pihak polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.

"Mangsa yang tinggal berseorangan ditemui dalam keadaan terlentang dan keadaan rumah pada ketika itu didapati berselerak namun bukan disebabkan oleh pergelutan," katanya.

Katanya, mayat mangsa di bawa ke hospital berhampiran untuk bedah siasat.

Sementara itu, waris terdekat mangsa, Mazrol Mazlan, 30 berkata, dia baru sahaja menemui Pak Man beberapa hari lalu ketika menyambut hari ulang tahun kelahirannya bersama sanak-saudaranya.

"Pak Man tidak mempunyai anak dan isteri kerana tidak pernah berkahwin tetapi dia amat rapat dengan kami dan saudara lain yang tinggal berhampiran dengannya di kawasan ini.

"Saya tidak sangka menerima berita kematiannya dalam keadaan menyayat hati, tambahan pula dia baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-62 tahun beberapa hari lalu.

"Pak Man kelihatan ceria ketika itu dan dia juga ada beli sebiji kek dan sediakan sedikit jamuan untuk sambut hari lahirnya bersama-sama kami," katanya.

Katanya, Pak Man yang berasal dari Melaka telah lama menjalankan perkhidmatan mengurut di situ sejak enam tahun lalu dan hanya tinggal bersendirian di rumah urut itu yang disewa dari seorang penduduk tempatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved