Jumaat, 10 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


1Malaysia hanya slogan kosong: Lim Guan Eng

Posted: 09 Jun 2011 05:00 PM PDT

1Malaysia hanya slogan kosong: Lim Guan Eng

Laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menolak permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy mendaftarkan anak perempuan mereka sebagai 'Anak Malaysia' sebagai etnik rasmi, yang membuktikan konsep 1Malaysia, merupakan peristiwa yang amat mengecewakan.

Jelaslah BN begitu rasis kerana mengutamakan bangsa Melayu, Cina atau India daripada bangsa Malaysia.

DAP berbangga dengan kedua-dua mereka, Hannah dan Ramachandran yang mengamalkan dasar 'Malaysians' Malaysia' dan "Malaysian diutamakan" daripada DAP dalam kehidupan mereka dan semangat menjadi rakyat berbangsa Malaysia di mana kita semua terikat dengan satu tujuan bersama sebagai satu bangsa.

Dengan memaksa kita semua ke kancah kotak etnik, BN sebenarnya tidak meraikan kepelbagaian ataupun mencipta identiti rakyat Malaysia tetapi menggunakan peluang yang ada untuk bermain politik pecah dan perintah.

Kita harus melihat jauh di bawah warna kulit di mana darah yang mengalir adalah sama berwarna merah. Kita harus melihat latar belakang etnik yang lepas dan akan menjumpai keturunan warisan kita. Kita harus melihat jauh di sebalik bangsa kita dan akan mendapati bahawa kita semua adalah daripada golongan bangsa manusia.

Sokongan penuh diberikan kepada Hannah dan Ramachandran untuk anak mereka dikenali sebagai 'Anak Malaysia'.

Memaksa Hannah dan Ramachandaran untuk memilih bangsa India atau Cina merupakan sesuatu yang menjijikkan kerana mereka hanya ingin anak mereka dikenali sebagai 'Anak Malaysia'.

Hannah dan Ramachandran telah berusaha keras agar rakyat Malaysia dapat melihat bahawa kita tidak boleh membiarkan BN meracuni fikiran anak muda dengan ideologi perkauman yang lapuk dan berbahaya di mana seorang anak dianggap tidak cukup baik dan harus bergantung pada tongkat atau tidak akan diberi ganjaran untuk prestasi cemerlang yang mereka capai tidak kira sehebat mana pun kerana mereka berasal daripada golongan bangsa yang tertentu.

DAP akan memberikan sokongan yang penuh kepada perjuangan Hannah dan Ramachandran untuk anak mereka dikenali sebagai 'Anak Malaysia'. Sekiranya kedua-dua mereka ingin membawa kes ini ke mahkamah, saya telah mengarahkan Pengerusi Biro Undang-Undang kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong, Saudara Gobind Singh untuk menguruskan kes ini.

Akhirnya, bukan siapa diri kita yang penting tetapi yang pentingnya ialah siapakah kita; bukan warna kulit yang penting tetapi nilai keperibadian; dan bukan keturunan nenek moyang kita yang penting tetapi bagaimana kita berhubung antara satu sama lain dalam menghadapi masa depan

Dipetik daripada blog Lim Guan Eng

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejatuhan negara Islam Pas

Posted: 09 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kejatuhan negara Islam Pas

1. Saya tertarik dengan penjelasan Nik Aziz kenapa selepas 30 tahun mengguna "perjuangan untuk Negara Islam ala Pas" untuk mendapat sokongan orang Melayu, sekarang Pas menggugurkan Negara Islam dan hukum Hudud. Kononnya Nik Aziz berpandukan Al-Quran dan Hadith.

2. Apakah Nik Aziz baru saja baca Surah Al-Baqarah dan sedar yang Negara Islam Pas menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu? Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam - Karpal Singh) maka Pas menggugur Negara Islam Pas, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong Pas dalam pilihanraya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak.

3. Kerana UMNO tidak menyokong Negara Islam Pas dan hukum Hudud Pas, Nik Aziz tidak terima UMNO.

4. Tetapi bila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian Pas, Nik Aziz semak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun, mendapati bahawa Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara kebaijikan Pas.

5. Demikianlah Nik Aziz lebih bersedia akur kepada pendapat DAP dan Karpal kerana ingin mendapat undi bukan Islam. Penyokong Pas akan turut dimana sahaja pemimpin Pas bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi Pas.

6. Untuk perpaduan Melayu dan Islam Nik Aziz tidak sanggup berganjak walau sedikit pun. Biarlah orang Melayu Islam berpecah dan hancur kononnya kerana bagi Nik Aziz perjuangan Pas untuk Negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dibelakangkan atau digugur. Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara Pas dengan UMNO, Nik Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO tidak Islam.

7. Tetapi kita sekarang dapat lihat bagaimana mudahnya Pas dan Nik Aziz menolak Negara Islam Pas dan hukum Hudud Pas kerana ingin bersekongkol dengan DAP untuk mendapat undi bukan Islam.

8. Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana Pas mempermainkan Islam. Bukan Surah Al-Baqarah yang mendorong Pas menggugurkan Negara Islamnya. Nik Aziz sendiri berkata yang mendorong Pas ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihanraya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam Pas.

Dipetik daripada blog Tun Dr Mahathir Mohamad

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved