Jumaat, 10 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sita barang pemilik degil

Posted: 09 Jun 2011 05:00 PM PDT

Sita barang pemilik degil TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) mengambil langkah serius dengan menyita barang-barang boleh alih terhadap pemilik rumah yang mempunyai tunggakan cukai taksiran.

Seramai 15 anggota penguat kuasa MPT dan 10 anggota daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menjayakan operasi kali ini.

Penolong Penguatkuasa MPT, Roslee Ahmad Rafei berkata, operasi penyitaan itu telah bermula April lalu dan akan berterusan sehingga akhir tahun 2011.

Menurutnya, pemilik yang terlibat terdiri daripada mereka yang mempunyai tunggakan sekurang-kurangnya tiga tahun dan ke atas.

"Operasi dijalankan di Taman Aulong Maju dan Taman Panglima, sebuah rumah telah disita barang boleh alih, dua lagi pemilik membayar serta merta manakala satu lagi pemilik tiada di rumah.

"Jumlah keseluruhan bagi tunggakan keempat-empat rumah ini adalah lebih RM4000," katanya.

Hadir sama, Penolong Pegawai Penilaian, Nora Mohamed Noor serta kakitangan MPTI.

Beliau berkata, sebelum ini, pihak MPT telah mengeluarkan surat tahan, selain surat peringatan dengan memberi tempoh seminggu untuk diselesaikan.

"Jika pemilik ingkar maka sitaan akan dilakukan, barangan yang disita itu mengikut nilai tunggakan mereka.

"Barangan ini boleh diambil semula setelah mereka menjelaskan tunggakan itu, jika tidak, ia akan dilelong selepas tempoh yang ditetapkan," katanya.

Katanya, semua pemilik harta diharap tidak melengah-lengahkan pembayaran cukai taksiran bagi mengelakkan daripada disita.

"Pihak MPT akan meneruskan operasi ke semua lebih 200 kawasan seliaan majlis di sekitar Taiping," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved