Jumaat, 10 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Berdepan penjara 10 tahun

Posted: 09 Jun 2011 05:00 PM PDT

Berdepan penjara 10 tahun GEORGETOWN – Seorang pemuda tercengang seketika apabila pendakwa raya Mahkamah Majistret Georgetown membacakan pertuduhan ke atasnya semasa berada dalam kandang tertuduh.

Tertuduh, Mohd Fadhil Haron, 25, dari Medan Angsana 1 Bandar Baru Pulau Pinang beberapa kali ditanya oleh Majistret, Noor Aini Yusof sama ada memahami pertuduhan ataupun tidak.

Namun, tertuduh pada mulanya tercengang dan kemudiannya kelihatan keliru dengan kesalahan yang dilakukannya.

Noor Aini bertanya sebanyak tiga kali lagi sama ada tertuduh faham atau tidak, dan mengaku bersalah ataupun minta dibicarakan.

Mohd Fadhil yang beberapa minit tercengang dan keliru kemudiannya mengangguk tanda faham akan pertuduhan dan mengangguk sekali lagi untuk minta dibicarakan.

Tertuduh segera minta dibicarakan berikutan selepas pendakwa raya menegaskan jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sampai 10 tahun berserta denda dan sebatan.

Tertuduh pada 8 Jun lalu dituduh mencuri barang di sebuah pasar raya di Lebuhraya Thean Theik bernilai RM38.80.

Antara barangan yang dicuri ialah sebotol minyak wangi Dashing Cool, dua tin gam Jeb Bond dan satu dompet duit berwarna coklat yang kemudiannya diisikan dalam beg galas tertuduh.

Dia yang ditangkap pada tarikh sama barangan dicuri didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (mencuri dalam rumah kediaman dan sebagainya).

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda, dan bagi kesalahan kedua atau yang seterusnya dikenakan denda dan sebatan.

Noor Aini Yusoff melepaskan tertuduh dengan ikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 28 Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved