Jumaat, 10 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Penganggur dikhuatiri lemas

Posted: 09 Jun 2011 05:00 PM PDT

Penganggur dikhuatiri lemas TEMERLOH – Seorang penganggur dikhuatiri lemas selepas dipercayai tenggelam di Sungai Pahang dekat Taman Esplanade Temerloh di sini kira-kira jam 5.45 pagi, semalam.

Mangsa, Muhammad Firdaus Hamzah, 28, yang baru pulang dari melawat ibunya di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), dipercayai turun ke dalam sungai selepas mendengar panggilan ghaib.

Mangsa yang mengalami tekanan perasaan sebelum kejadian, dipercayai memandu kereta Perodua Myvi seorang diri dari HoSHAS hingga ke tebing Sungai Pahang.

Abang ipar mangsa, Armadi Muda, 33, berkata, sebelum kejadian itu, mangsa melawat ibunya yang mengalami patah tulang belakang akibat kemalangan pada 31 Mei lalu.

Menurutnya, mangsa sebelum ini mengalami gangguan mental hingga menyebabkan dia kerap diganggu suara-suara halus.

"Saya percaya dia mungkin mendengar suara halus yang memanggilnya hingga menyebabkan dia terjun ke dalam sungai," katanya.

Armadi berkata, dua saksi yang kebetulan berada berhampiran kawasan kejadian menceritakan sendiri kepadanya bahawa mangsa turun seorang diri ke dalam sungai sebelum tenggelam beberapa minit selepas itu.

"Dia (Muhammad Firdaus) meminta tolong namun dua saksi itu tidak sempat berbuat apa-apa berikutan air sungai dalam dan deras," katanya.

Armadi berkata, dia dan keluarga sudah tiga kali membawa mangsa berubat secara tradisional dan berhasrat mencuba perubatan moden beberapa hari lalu, namun tertangguh selepas ibu mereka kemalangan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor mengesahkan kejadian itu dan menyatakan operasi mencari serta menyelamat membabitkan pelbagai pihak iaitu polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung sudah dimulakan seawal jam 8 pagi, namun sehingga jam 7 malam, mangsa masih belum ditemui.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan semula jam 8 pagi hari ini.

Menurutnya, siasatan juga masih dijalankan berikutan polis belum mengenal pasti punca mangsa turun ke dalam sungai itu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved