Isnin, 13 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

2,000 nelayan lancar mogok

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

2,000 nelayan lancar mogok HUTAN MELINTANG - Masih belum reda isu pembatalan subsidi diesel bagi bot C2, kali ini seramai 2,000 nelayan dari Bagan Hutan Melintang membabitkan 300 bot melancarkan mogok tidak turun ke laut selama tiga hari bermula kelmarin, membantah tindakan kerajaan membatalkan subsidi diesel bagi bot C2 sejak 1 Jun lalu.

Sinar Harian turut difahamkan terdapat kira-kira 1,200 pemilik bot

C2 dari Pantai Timur Semanjung, Sabah dan Sarawak turut melancarkan mogok bermula 9 Jun lalu.

Setiausaha Eksekutif Koperasi Nelayan Hilir Perak Berhad (KNHP-Bhd), Khee Jeh Hai berkata, mogok tiga hari akan diteruskan pada satu tempoh yang tidak ditetapkan selagi kerajaan terus membeku pemberian subsidi diesel bot C2.

Menurutnya, pembatalan subsidi diesel itu menyebabkan pemilik bot terpaksa membeli diesel pada harga RM1.80 seliter berbanding harga subsidi hanya RM1.25 seliter.

"Pemilik bot memberi alasan mereka menanggung kerugian kerana kos pengurusan bertambah berikutan penghapusan subsidi diesel itu.

"Sebuah bot menggunakan 20,000 liter diesel sebulan yang membabitkan kos RM25,000 mengikut harga subsidi RM1.25 seliter, kini kos mencecah

RM36,000 pada harga tanpa subsidi RM1.80 seliter," katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.

Jeh Hai berkata, sementara pendapatan hasil tangkapan ikan antara RM20,000 hingga RM30,000 bagi sebuah bot, bermakna pemilik bot terpaksa menanggung beban kerugian.

"Pemilik bot tidak mampu menampung kos sekiranya bot mengalami kerosakan enjin atau peralatan menangkap ikan kerana wang yang diperoleh habis dibelanjakan membeli diesel dan membayar gaji pekerja," katanya.

Katanya, pihak nelayan telah minta Presiden MCA, Datuk Chua Swee Lek dan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

"Kami sedar tindakan mogok tidak turun ke laut menyusahkan orang ramai kerana tidak dapat bekalan ikan, tetapi kami terpaksa bertindak demikian kerana tidak mahu menanggung kerugian lebih besar lagi.

"Tetapi setakat ini tidak ada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah ini, diharap kerajaan memberi pertimbangan untuk menyerahkan semula subsidi diesel kepada nelayan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved