Sabtu, 21 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Senarai nama mangsa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat

Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT

Senarai nama mangsa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat

KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Sehingga pukul 5.30 pagi ini, kesemua mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:

Enam belas yang terkorban ialah :

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun
2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat iaitu:

1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ KAJANG.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pencalonan jawatan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat

Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT

Pencalonan jawatan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat

Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan Timbalan Ketua, Naib Ketua dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat bagi Muktamar Tahunan kali ke – 52 Dewan Pemuda PAS Pusat pada 1 – 2 Jun ini di Shah Alam nanti.

Saya amat yakin pencalonan yang telah saya terima adalah satu tugas berat dalam konteks Negara bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Malah tugas penting ini juga bagi mempertahankan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Sudan tentu saya yang berasal daripada Negeri Perak juga mempunyai tugas amat berat untuk mengembalikan Kerajaan Negeri Perak kepada PR setelah dirampas oleh Barisan Nasional (BN) dengan cara yang kotor dan jijik sekali. Bahkan tugas yang kini saya pikul memperkenalkan Parti PAS dalam konteks Pemuda kepada dunia terutamanya melalui Lajnah Antarabangsa.

Saya yakin mood rakyat kini untuk bersedia menghadapi PRU 13 dan saya yakin penumpuan PR juga kearah yang sama. Saya dengan rendah diri dan menghormati pencalonan-pencalonan yang telah diberikan kepada saya pada kali ini. Dan saya yakin di atas beberapa faktor pemberian pencalonan tersebut kepada saya.

Bagi saya yang keduanya, tugas berat ini tidak mampu saya pikul dan bagi mencapai matlamat jika tidak mendapat sokongan semua pihak. Apapun amanah yang akan diterima nanti sudah pasti diinginkan pencapaian Pemuda PAS di atas pentas yang tertinggi hendaknya. Perkara inilah yang memerlukan sokongan semua pihak bagi sama-sama untuk kita capai bersama.

Setelah mendapat pentunjuk dan nasihat daripada sahabat-sahabat, saya dengan rasa rendah diri akan menerima pencalonan sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusatuntuk Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat pada kali ini.

Saya berharap dapat memberikan sumbangan dan buah fikiran bagi memantapkan lagi Dewan Pemuda PAS Pusat dan seterusnya menjana laluan dan alternatif kepada anak muda Malaysia dalam menyumbang kepada pembangunan fizikal dan spiritual Negara. Juga hasrat untuk memanfaatkan kreativiti anak muda dewasa ini untuk pengisian semasa dan mendatang serta membantu Pemuda PAS menjadikan Dewan Pemuda PAS sebagai 'shuttle' Anak Muda Malaysia.

DR Raja Ahmad Al-Hiss

Dipetik daripada blog Kerajaan Rakyat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved