Ahad, 22 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesanan untuk anak-anak muda

Posted: 21 May 2011 05:00 PM PDT

Dalam tutorial ini, perbezaan antara anak-anak muda akan dibincangkan, dan pedoman yang sewajarnya akan diberikan.

Anak-anak muda ialah 'rebung' yang arahnya masih dapat ditentukan. Oleh itu, perhatikanlah pembawaan baik untuk dijadikan contoh.

Pertama, perlu dicatatkan, pada masa ini akibat ketidaktenteraman masyarakat, anak-anak muda berada dalam suasana tidak tentu arah berkaitan hal agama dan budaya. Keadaan ini tidak disedari anak-anak muda, kerana segala-gala di sekeliling mereka seolah-olah merestui keadaan kacau ini. Mereka yang menconteng tembok, melontar batu ke kereta api, menyimbah asid ke arah perempuan, dan pelaku-pelaku kekejaman yang pelbagai, adalah hasil ketidaktenteraman yang demikian. Jika mereka sedar, mereka pasti akan berhenti berbuat demikian.

Kedua, anak-anak muda yang masih belajar hendaklah tahu, bahawa zaman belajar secara rasmi adalah terhad. Masa untuk belajar di sekolah, maktab, universiti dan lain-lain tidak boleh disia-siakan. Jika anak-anak muda (pelajar) membuang masa untuk berbual-bual kosong, berjalan-jalan (dan melepak) tanpa maksud tertentu, dan melayani khayalan tidak berhujung, maka akhirnya anda tidak akan menemukan kejayaan di tahap tinggi. Anak-anak muda yang belajar dengan rajin dan penuh perhatian akan berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan.

Ketiga, bagi anak muda bekerja, ada perkara amat perlu difahami. Selalunya pekerja muda mengingini keselesaan. Jika mereka bekerja dengan kerajaan, selalunya beban kerja dapat diramalkan sejak awal. Tidak pernah kita dengar pegawai di pejabat tanah, guru, kerani dan lain-lain, merasakan pekerjaan mereka terlalu dihimpit kesibukan yang tidak terbayangkan sebelumnya. Tidak dinafikan, memang ada kerja bertimbun, tetapi itu selalunya dialami oleh penjawat yang telah lama bekerja dengan kerajaan.

Anak muda bekerja dengan syarikat (swasta) amat berkemungkinan berhadapan masalah longgokan tugas sejak awal-awal lagi. Tumpuan syarikat, termasuk sekolah atau universiti swasta juga, adalah perjalanan perniagaan. Jadi, anak-anak muda yang bekerja di situ hendaklah faham, bahawa ketaatan mereka pada tugas diberikan ialah sumber rasa sayang oleh majikan kepada mereka. Pekerja curi tulang, lembab dan suka merungut tidak akan dikasihi majikan.

Keempat, bagi anak muda ingin maju dalam bidang maklumat, satu pesanan saya - rajin-rajinlah membaca akhbar, mendengar berita radio, menonton berita televisyen atau mendapatkan berita daripada sumber lain. Kekayaan maklumat akan menentukan kemajuan dalam satu sudut kehidupan. Sekurang-kurangnya anak muda tidak tersenyum kosong (atau tersenyum bodoh) apabila orang bercakap tentang peristiwa penting dalam negara dan dunia. Kelima, sambungan pada pencinta maklumat ialah pencinta ilmu. Perbezaan antara maklumat dengan ilmu, ialah bahawa ilmu sentiasa berteraskan teori. Anak muda yang ingin memperdalam ilmu hendaklah membaca buku-buku penulis berwibawa.

Keenam, jika anak muda memutuskan akan berniaga, baik apa saja jenis perniagaan, yang utama ialah persediaan cukup. Berniaga sendiri dengan makan gaji amat berbeza. Peniaga hendaklah ada modal dan kesungguhan dengan disiplin diri menggunakan wang, tabah dalam menghadapi konflik yang tidak diduga, dan ada banyak lagi yang tidak terbayangkan semasa memulakan perniagaan.

Selain itu, terdapat anak muda yang meminati seni, sukan dan aneka aktiviti bersifat membina.

Semua itu eloklah diikuti dengan sederhana, berpadanan dengan masa lapang yang ada. Jika mempunyai bakat besar, baik dalam bidang maklumat, ilmu dan aktiviti, berkemungkinan bidang sedemikian itu pula akan menjadi lapangan mendatangkan pendapatan lumayan.

Ertinya, anak muda berbakat dalam penulisan novel, misalnya, akan menjadikan ia punca utama rezeki.

Apa-apa pun yang hendak dilakukan anak muda untuk kemajuan, yang penting ialah pemupukan minat dan bakat. Tanda minat ialah isi percakapan. Orang yang berminat bekerja di syarikat akan bercakap tentang cara-cara memajukan syarikat. Orang berminat berniaga akan banyak bercakap tentang perniagaan. Orang berminat mempertingkat ilmu, akan bercakap tentang buku ilmu yang baru dibacanya. Demikianlah seterusnya.

Balik Bayan, presiden dan gereja

Posted: 21 May 2011 05:00 PM PDT

90 peratus Kristian, Islam 5 peratus, asalnya bukan demikian.

Dalam kehidupan banyak simbolisme daripada kebenaran dan isi. Tetapi simbolisme juga mustahak. Sebaiknya kedua-dua sama penting. Mengisi kemerdekaan (dengan ekonomi) mesti menjadi prioriti kalau tidak isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita! Dalam bahasa moden: orang lain senang, kita terus susah (loghat Kelantan) atau miskin. Peribadi semenjak di sekolah lagi saya cuba mengimbangkan antara simbolisme dan realiti.

Hujung dan pertengahan minggu lepas saya berada di Manila. Sepanjang masa itu tiga berita tentang kita tersiar: Anwar Ibrahim diarah bela diri atas tuduhan meliwat, sodomi kedua; Filipina tidak bersungguh menarik pelancong Malaysia. Saya ingat tugas kedutaan kita di Manila mendorong touris Filipina ke Malaysia; dan konflik Filipina dengan Moro Islamic Liberation Front (MILF) di mana kita adalah fasilitator harus diselesaikan segera. Berita yang menjadi tumpuan saya ialah aircraft carrier atau kapal perang Amerika USS Carl Vinson berlabuh di Teluk Manila.

USS Carl Vinsonlah yang membawa mayat ikon dan wira Jihadis, Osama bin Laden, dan dibuang ke dalam perairan di lautan Arabia, satu lokasi yang jadi 'Rahsia Besar' AS! USS Carl Vinson bersauh selama empat hari (tanpa demonstrasi) di ibu kota negara Kristian yang tunggal di Asean dalam lawatan muhibah. Lebih utama lagi ialah berita kondom percuma, Presiden Benigno Aquino III dan gereja Katolik.

Majoriti penduduk Filipina yang berjumlah lebih 92 juta itu menganut agama Kristian: mazhab Katolik (64.9 peratus), Kristian Bebas (17.7 peratus), Protestan (5 peratus), Islam (5.1 peratus): kepercayaan tradisional (2.2 peratus) bakinya lain-lain.

Agama Katolik di seluruh dunia – Ibunya di Vatican, Itali – tidak menghalalkan kegunaan kondom dan perancangan keluarga sebab kedua-dua merosakkan aqidah Katolisme, nilai moral dan menggalakkan maksiat dan kehamilan. Aquino pula, walaupun menghadapi ugutan gereja Katolik dia akan (ex-communicate) atau digucilkan dari agamanya berkeras menyokong rang undang-undang yang sudah pun dibentang dalam Kongres yakni Dewan Orang Ramai Filipina, memberi alat pencegah kehamilan (pil, kondom dsb) tajaan pemerintah kerana pendekatan atau polisi ini dipercayai membantu memperlahankan peningkatan jumlah penduduk Filipina yang laju meningkat dan menyumbang kepada kadar kemiskinan di negara itu. Antara 8-11 juta rakyat Filipina bekerja di luar negara termasuk ramai juga di Malaysia.

Filipina yang berumpun Melayu telah dijajah oleh Sepanyol dari 1521 hingga 1898 apabila Amerika Syarikat (AS) mengambil alih. Filipina mencapai kemerdekaannya tahun 1946. Selama 300 tahun di bawah Sepanyol penduduk asal (Melayu) Filipina dipaksa masuk Kristian mazhab Katolik seperti lazimnya dilakukan oleh imperialisme Sepanyol.

Rakyat Filipina amat berbakat dan modal insannya amat besar bilangannya tetapi oleh kerana sistem politik dan pentadbirannya terutama zaman Marcos dan isterinya Imelda kemajuan dan pembangunan terhad walhal dalam 1950an Filipina mendahului dalam serba serbi negara-negara lain di Asia Tenggara.

Manila lebih terkenal dan maju dari Jakarta, Bangkok. Sekarang kita pun mendahului Filipina. Kalau kita silap perhitungan politik tidak mustahil – kita kini nombor dua dari sepuluh negara Asean, Singapura nombor satu – akan mengalami nasib serupa dengan pasukan bola sepak kebangsaan kita yang selama dua dekad iaitu 1960an dan 1970an juara Asia.

Program pemerintahan Filipina yang dikenali sebagai Overseas Filipino Workers (OFWs) mengawal, membantu dan menguruskan hal ehwal pekerja Filipina di luar negara – mereka aset platinum Filipina, penyumbang tertinggi bagi pendapatan negara – dipuji oleh banyak negara yang mengimport rakyat Filipina bekerja di negara masing-masing.

Perdana Menteri Sri Lanka (juga di Manila secara kebetulan dengan saya) berkata: 'Filipina memberi perkhidmatan dan layanan baik untuk pekerja-pekerjanya di luar negara dari Sri Lanka.' Benar. Maids Filipina di Malaysia dapat gaji asas dua kali ganda dari pembantu rumah dari Indonesia kerana mereka mempunyai 'kemahiran berkomunikasi' (baca tahu bahasa Inggeris!). Ini diakui oleh Perdana Menteri Sri Lanka dan saya boleh mengesahkannya dari pengalaman sebagai majikan. Di lapangan terbang Ninoy Benigno Aquino di Manila dokumen dan pasport pekerja Filipina dan pemegang dilayan sebagai VIP – ada satu lorong khas untuk mereka keluar masuk!

Apa yang berlaku di Filipina agak tragik: dari nombor satu ke bawah, ke bawah. Hos saya di Filipina, berkali-kali menegaskan kepada saya: 'to improve the present situation (in the Philippines), the government must fix basic education first.

Educating the young is supremely important – terpenting selesai dan tingkatkan standard pendidikan di peringkat rendah terlebih dahulu...'. Hos saya (sudah berkali-kali ke Kuala Lumpur dan mengaguminya); dia senang dengan keadaan di negara kita kerana kononnya politikus kita kurang mempolitikkan pendidikan! Persepsinya agak tersilap dalam hal ini.

Dulu, terangnya, Filipina mendahului jirannya kerana penguasaan Bahasa Inggeris (50 tahun di bawah AS). Selepas itu asas pendidikan ditukar dari BI kepada Bahasa Tagalog. Semenjak itu mutu BI di Filipina merosot dan kian merosot. Saya akur. Juga daripada pengalaman saya sebagai majikan.

Balik Bayan (balik kampung): cinta dan sayangi negara 'cool!'. Berapa lama pun mengembara, berapa banyak pun laba, setinggi mana pun kejayaan di negeri orang lama kelamaan datanglah rindu mahu balik ke kampung. Mahu menghembus nafas terakhir di tempat kelahiran atau di negeri sendiri. Begitulah perasaan majoriti rakyat Filipina yang bekerja di luar negara. Saya sentimental, bukan realis dalam masalah ini.

Di mana pun saya bermastautin di akhir hayat saya lebih selesa dan damai di tempat yang sudah turun-menurun melahirkan, hidup dan kembali ke rahmatullah nenek-moyang saya. Benar. Saya selalunya fleksibel; setelah berusia dimensi baru zahir – mengejar nilai kebudayaan dan spiritual yang lebih bermutu, lebih tinggi dan lebih berukun.

Hos saya ialah rakan kongsi 'M' yang berjaya di luar negara tanpa perlukan 'tongkat'. Sila lihat kembali cerita dalam Sinar 27 Februari tentang Vietnam dan 'M'. 'M' seronok mendengar saya telah dilayan sebaik mungkin oleh rakan kongsinya. 'M' dan isterinya tidak politikus tetapi mereka minat politik dan mengikuti perkembangan politik negara dan antarabangsa. Semasa di Manila (kali ke enam dalam empat dekad) kegiatan dan 'love affairs' saya terus segar!

Jangan khuatir 'love affairs' dengan bahasa dan buku, bukan dengan cik mek molek! Saya sentiasa cuba mendorong supaya seramai orang kita suka membaca: satu hobi yang kata Speaking, 'admirable – yang menimbulkan kekaguman, yang berfaedah'. Galak anak, cucu, isteri, kawan dan mereka yang meminta nasihat agar bersahabat dengan buku. 'Berkawan dengan kitab/buku bagus; persahabatan dengan mereka kekal abadi!' tambah Non-Speaking.

Di Manila, saya melawat tiga kedai buku. Seperti di Kuala Lumpur, majoriti kedai buku menjual buku BI tetapi rak-rak buku Bahasa Tagalog di tiap toko buku itu lebih besar, lebih lebar, lebih tinggi dan lebih gemuk daripada toko buku Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur. Saya membeli empat buah buku tentang Bahasa Tagalog yang berasaskan Bahasa Melayu seperti juga bahasa Indonesia.

Di Vietnam, Thailand dan Indonesia saya sering melihat berduyun-duyun, berbas-bas pelancong kita tetapi selama saya di Manila – tiga hari dan tiga malam penuh - saya cuma berjumpa dua touris Malaysia (Melayu suami isteri dari Petronas) semasa kami kebetulan berada di Muzium Jose Rizal, wira, ikon dan bapa kemerdekaan Filipina. Di London, setiap musim beribu touris dari Malaysia. Ziarah, kalau boleh, ke mana pun mengikut selera anda mustahak. Kunjungan (dalam dan luar negeri) membuka mata dan minda. Ramai orang kita berziarah ke Mekah dan ke makam Rasulullah di Madinah. Saya walaupun hampir 74 tahun, seorang penziarah, kata orang Kelantan 'suka derat!'.

Keturunan Cina di Thailand dan Filipina terutamanya sudah mengasimilasikan, hampir secukup-cukupnya. Integrasi dan asimilasi di kedua negara senang kerana kelonggaran diberi oleh agama majoriti maka ramailah pemimpin mereka berketurunan Cina: Rizal, Aquino, Marcos; Thaksin, Abhisit Vejjajiva dan pencabarnya dalam pilihan raya Thai Julai ini juga keturunan Cina, Yingluck Shinawatra iaitu adik pada Thaksin. Bila Cina Malaysia asimilasi atau integrasi mereka juga akan menguasai politik dan pentadbiran selain daripada ekonomi dan profesion.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved