Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 21 May 2011 05:00 PM PDT Tunggu pengumuman kerajaan
BERA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta rakyat menunggu pengumuman rasmi kerajaan berhubung penyelarasan harga minyak. Katanya, rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan dakyah pembangkang bahawa harga RON95 akan naik dalam masa terdekat. "Saya sentiasa maklumkan bahawa rasionalisasi subsidi akan dibuat pada hujung bulan ini, atau awal bulan depan, jadi jangan nak tuduh kerajaan itu ini sebab kita belum lagi naikkan harga. "Jadi, saya minta rakyat tunggu dulu, kalau nak kata kerajaan tidak bertanggungjawab dari segi jaga kepentingan rakyat, sekarang ini subsidi untuk seluruh bahan petrol dan makanan meningkat sampai RM20.58 bilion kita tanggung, jadi macam mana boleh kata kerajaan tak ambil berat," katanya di sini, semalam. Ismail Sabri juga meminta semua spekulasi kenaikan harga minyak dihentikan segera kerana ia jelas bermotifkan politik. Katanya, perkara itu turut disebarkan di laman sosial seperti Facebook iaitu kononnya kerajaan akan menaikkan harga RON95 sebanyak 30 sen selepas jam 12 malam kelmarin hingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan orang ramai. "Janganlah kita percaya spekulasi itu, sabar dulu dan tunggu hingga Jun nanti, di mana kalau ada kenaikan harga, baru kita boleh beri komen dan sebagainya, dan setakat ini, perkara itu masih dalam tindakan," katanya. Ismail Sabri berkata,, kerajaan mengambil kira semua faktor, termasuk kadar inflasi dan beban rakyat, ketika mengkaji rasionalisasi subsidi penyelarasan harga minyak. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 21 May 2011 05:00 PM PDT Pas sertai Bersih 2
KUALA LUMPUR – Pas dijangka menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ke-2 yang akan dilaksanakan pada 9 Julai depan bagi mendesak pilihan raya adil dan bersih dalam negara. Pengerusi Jawatankuasa Penggerak Mobilisasi Demokrasi, Mohamad Sabu berkata, himpunan Bersih ke-2 yang akan berlangsung jam 2 petang itu adalah kesinambungan himpunan Bersih pada November 2007. "Keputusan untuk mengadakan perhimpunan aman ini setelah pihak Bersih, Pakatan Rakyat dan lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan lain bermesyuarat pada 19 Mei lalu. "Tuntutan adalah sama seperti perhimpunan bersih yang lalu dengan pertambahan dua tuntutan iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan dan lanjutan tempoh masa berkempen yang munasabah. Sementara itu, Bendahari Agung Pas, Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, tuntutan pada perhimpunan Bersih pertama masih gagal dilaksanakan kerajaan. "Bersih bersikap serius kerana melihat kerajaan gagal memisahkan antara rasuah dan bukan rasuah terutama semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan