Ahad, 22 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gempa gegar Pulau Pasifik Selatan

Posted: 21 May 2011 05:00 PM PDT

Gempa gegar Pulau Pasifik Selatan

WELLINGTON - Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat, semalam, melaporkan gempa berkekuatan 6.1 skala Richter menggegar gugusan pulau berhampiran Pulau Pasifik Selatan.

Pusat gempa itu terletak kira-kira 19 kilometer di bawah dasar laut, sebuah kawasan tidak berpenduduk di Pulau Kermadec, New Zealand, di mana ia berada 1,000 kilometer dari bandar timur Auckland.

Bagaimanapun, tiada kemusnahan teruk dan amaran tsunami dilaporkan.

Kos bina semula cecah RM554b

Posted: 21 May 2011 05:00 PM PDT

Kos bina semula cecah RM554b TOKYO - Menteri Ekonomi Jepun, Kaoru Yosano mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan mungkin memerlukan 15 trillion yen (RM553 bilion) untuk kos pembinaan semula infrastruktur negara itu yang musnah akibat kejadian gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.

Yosano berkata, kerajaan perlu menerbitkan bon untuk menampung kos terbabit tetapi harus juga memikirkan cara terbaik untuk membayar semula pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.

Jepun pada masa ini sedang bertungkus- lumus mencari jalan untuk menampung kos pembinaan semula dalam skala paling besar di negara itu sejak Perang Dunia II.

Negara itu turut dilanda kemelesetan ekonomi yang membawa kepada penyusutan lebih daripada jangkaan pada suku tahun pertama dan dijangka akan menyusut lagi akibat kekurangan bekalan tenaga antara April hingga Jun depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved