Ahad, 22 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lelaki hilang ditemui selamat

Posted: 21 May 2011 05:00 PM PDT

Lelaki hilang ditemui selamat TANAH MERAH – Suara misteri sejak tiga bulan lalu menghantui kehidupan seorang lelaki membawa kehilangannya sejak 11 Mei lalu.

Bagaimanapun, dia yang dikatakan hilang di kawasan Hutan Simpan Sokor pulang dengan selamat kira-kira jam 4 petang semalam.

Hanapi Deris, 41, dipercayai pulang sendiri setelah berjumpa seorang penduduk kampung di tempat pemeliharaan lembu lelaki itu tidak jauh dari tempat dia dipercayai hilang.

Hanapi berkata, dia takut berada di rumah memandangkan ada suara yang sering memanggilnya, tetapi tidak berasa takut biar pun lama dalam hutan.

"Sepanjang berada di dalam hutan, saya hanya makan buah hutan di samping meminum air sungai, namun suara yang misteri itu tidak ada dalam hutan," katanya.

Ditanya keadaan di hutan, Hanapi tidak dapat mengingati apa yang berlaku dan berapa lama dia berada di tempat tersebut, malah mangsa masih ketakutan.

Sementara itu, abang mangsa, Baharuddin Deris, 58, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat mencari adiknya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana adiknya pulang dalam keadaan selamat walaupun masih keletihan.

"Sepanjang adik saya hilang, penduduk sanggup meninggalkan kerja masing-masing yang kebanyakannya menoreh getah semata-mata untuk mencarinya.

"Justeru saya mengucapkan terima kasih, berkat kesungguhan, doa serta solat hajat dilakukan semua pihak, dia berjaya ditemui," katanya, semalam.

Sementara itu, adik ipar mangsa, Mohd Nor Salleh, 41, berkata, dia pelik bagaimana abang iparnya boleh berada lama di dalam hutan dan tidak takut dengan suasana di tempat tersebut.

"Selalunya jika ke kedai, dia takut untuk balik dan penduduk kampung akan menghantarnya pulang.

"Tetapi apa yang dilaluinya di luar dugaan," katanya yang turut membawa abang iparnya tinggal bersama dengannya di Pasir Puteh sebelum kehilangan mangsa.

Hanapi yang masih bujang sebelum ini dikatakan sering menerima gangguan berupa suara tidak diketahui datang dari arah mana yang membuatkannya sering ketakutan dan sukar tidur malam.

Suara tersebut dikatakan sering memanggilnya pada sebelah petang dan turut diselang seli dengan suara seolah-olah mengugut mahu memukulnya.

Difahamkan anak kelima daripada enam beradik itu pendiam, dan rapat dengan ahli keluarga berubah menjadi takut terutama dengan orang tidak dikenali selepas menerima gangguan itu.

Hanapi juga pernah dibawa ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan dan pulih seperti biasa serta dapat bekerja tanpa sebarang gangguan dan diberikan surat untuk membuat rawatan lanjut .

Pada hari kejadian, motosikal mangsa ditemui dua kilometer dari rumah, sementara mangsa dikatakan hilang kira-kira 500 meter dari tempat motosikal ditemui.

Sementara itu, Pengarah Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha mengucapkan terima kasih semua pihak yang terbabit mencari Hanapi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved