Ahad, 22 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Gara-gara kerbau

Posted: 21 May 2011 05:00 PM PDT

Gara-gara kerbau CHEMOR – Seorang pekerja kilang hampir maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sekawan kerbau yang melintas secara tiba-tiba di jalan utama Kampung Ulu Chemor di sini, minggu lalu.

Mohd Farid Jamaluddin, 23 berkata, lehernya nyaris ditusuk tanduk kerbau dalam kejadian jam enam pagi itu.

Menurutnya, selain menerima lebih 10 jahitan di leher, dia mengalami patah tulang bahu di bahagian kanan.

"Ketika menunggang untuk ke tempat kerja, saya nampak lima atau enam kerbau tiba-tiba melintas di hadapan menyebabkan saya tidak sempat brek.

"Saya hanya terlantar di tengah jalan kerana tidak boleh bangun selepas jatuh. Ketika itu, saya hanya berdoa kerana takut dilanggar kenderaan lain," katanya ketika menerima lawatan dari Ketua Pemuda UMNO Tambun, Mazlan Abd Rahman di sini, semalam.

Mohd Farid berkata, dia kesal dengan pemilik kerbau berkenaan yang tidak bertanggungjawab melepaskan haiwan itu pada waktu malam.

"Sebelum ini, semua penduduk berhati-hati ketika melalui jalan ini terutama pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.

"Ramai penduduk mengalami kemalangan dan ada melaporkan kejadian itu kepada pihak berkenaan tetapi masih tiada tindakan. Kerbau berkeliaran itu membahayakan penduduk di sini," katanya.

2 November tahun lalu, seorang remaja, Mohd Shahrul Nizam Mohd Shahrudin, 16, hilang ingatan selepas terlibat dalam kemalangan di jalan yang sama.

Pada masa sama, Mazlan menyarankan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melihat semula permohonan Jawatan Kusa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ulu Chemor untuk memasang lampu jalan di kawasan itu.

"Kawasan gelap dan semak samun menjadi faktor utama kerbau ini tidak mudah dilihat kepada pengguna di jalan raya. Banyak kes seperti ini berlaku di kawasan ini dan kita minta pihak berkenaan segerakan pembinaan lampu jalan agar tiada kemalangan seperti ini berlaku.

"Selain itu, papan tanda amaran perlu diletak oleh pihak berkenaan supaya memberi peringatan kepada pengguna jalan raya untuk berhati-hati menggunakan jalan ini untuk kawasan pekan berhampiran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved