Ahad, 22 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Pencari kayu gaharu maut ditimpa pokok

Posted: 21 May 2011 05:00 PM PDT

Pencari kayu gaharu maut ditimpa pokok

TERENGGANU - Seorang pencari kayu gaharu maut ditimpa sebatang pokok yang ditumbangkan pekerja yang sedang membersih jalan kayu balak di hutan Sungai Tembak, Hulu Terengganu, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Rosli Mohd Amin hari ini berkata mangsa dikenali sebagai Mahsah Darmuja, 30, berasal dari Jawa Tengah, Indonesia.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi ketika tiga pekerja sedang menebang pokok untuk dijadikan laluan membawa kayu balak dari kawasan pembalakan tidak jauh dari situ dengan sebuah jentolak.

"Pekerja berkenaan dipercayai tidak menyedari mangsa berada berhampiran apabila mangsa ditimpa pokok yang ditumbangkan dengan jentolak.

"Mendengar jeritan mangsa, pemandu jentolak dan rakannya mencari mangsa dan menemuinya dalam keadaan terbaring dan mengalami cedera parah pada bahagian kepala," katanya.

Mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan, namun dia disahkan meninggal dunia di Bilik Kecemasan hospital itu sejurus tiba.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenyataan Zaid Ibrahim : Mari Kita Lihat Lebih Luas

Posted: 21 May 2011 05:00 PM PDT

Kenyataan Zaid Ibrahim : Mari Kita Lihat Lebih Luas

Saya bersetuju dengan pandangan Datuk Zaid Ibrahim di bawah ini. Bahkan sememangnya kita berharap agar pihak berkuasa mendedahkan segera siapakah pelaku di dalam video seks yang telah menjadi isu nasional ketika ini.

Namun demikian, sekiranya terbukti bahawa Anwar Ibrahim merupakan lelaki di dalam klip video tersebut, soalnya sejauh mana para pengikutnya yang taasub akan sanggup kembali ke pangkal jalan? Atau pendedahan tersebut hanya menjadi sia-sia?

Sesuatu harus dilakukan ke pada para pengikut taasub Anwar Ibrahim, yakni para pengikutnya yang masih berdegil dan keras kepala terdapat segala bukti yang terang lagi bersuluh.

Dengan kata lain, para pengikut tegarnya seperti orang kanan Anwar Ibrahim perlulah dihukum dan diadili sama, kerana terbukti selama ini merekalah yang menjadi penyokong kuat dan bersekongkol dengan manusia yang membawa sebesar-besar fitnah kepada agama, bangsa dan negara. Kerajaan wajib bertindak tegas ke atas mereka ini. Jangan biarkan mereka lari bertempiaran. Wallahualam.

Baca berita di bawah :

JERANTUT 22 Mei - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera menyahut cabaran pihak tertentu berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan dirinya.

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika polis belum mendedahkan siapa pelakunya walaupun mendapat pengesahan ketulenan video tersebut dari luar negara, ketua pembangkang itu perlu tampil menyahut cabaran tersebut.

"Namun dia (Anwar) masih menafikan segala pendedahan berkenaan serta menganggap itu perbuatan konspirasi untuk menjatuhkan maruah dan parti yang diketuainya.

"Sekarang ini, video tersebut tersebar dan rakyat sudah tahu menyebabkan mereka sentiasa tertanya bila lagi pihak berkenaan mendedahkan pelakunya," katanya kepada pemberita selepas majlis sesi pengenalan parti KITA, di Kampung Batu Balai, dekat sini semalam. - Utusan

Dipetik daripada blog Azli Shukri

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved