Ahad, 22 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Rugi besar

Posted: 21 May 2011 05:00 PM PDT

Rugi besar KUANTAN – "Sudah seminggu perniagaan saya tergendala kerana masalah talian komunikasi di pejabat. Jika ini berlanjutan, boleh gulung tikar saya," kata Ir Rohamad Mohamad Saaid.

Ir Rohamad berkata, rata-rata pejabat di sekitar Sungai Isap Jaya di sini mengalami masalah yang sama menyebabkan mereka tidak dapat menerima panggilan masuk dan juga faks daripada pelanggan mereka.

Menurutnya, walaupun sudah dimaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab, namun ia masih belum pulih seperti biasa malah seolah-olah aduan mereka tidak diendahkan.

"Saya orang berniaga dan pendapatan saya banyak bergantung kepada pelanggan untuk berkomunikasi melalui telefon dan juga mengirim faks, tetapi kedua-dua talian ini tidak boleh digunakan menyebabkan pelanggan fikir saya sudah tidak minat berniaga lagi serta sudah hilang beberapa pelanggan sejak seminggu yang lalu.

"Apa yang menyebabkan saya kecewa, walaupun sudah membuat aduan, pihak terbabit meminta saya bersabar dan saya telah mengusulkan agar pihaknya mengambil alternatif lain agar telefon dan faks di pejabat saya berfungsi, malangnya tiada apa-apa tindakan," katanya.

Selain itu, pihak pengurusan itu juga menyuruh beberapa pelanggan mereka yang menghadapi masalah yang sama agar menukar nombor telefon mereka dan ini menyusahkan kerana nombor telefon dan fas yang sedia ada sudah dikenali.

"Mana boleh saya tukar nombor telefon yang baru kerana pelanggan saya yang lain hanya tahu nombor ini sahaja,"

"Jika saya bertukar, susahkan saya kerana terpaksa memulakan segala-galanya dari awal dan akan melibatkan kos," katanya.

Bagi Wan Nazir Wan Abdul Rahman, 47, pula mendakwa sudah kehilangan beberapa projek bernilai hampir jutaan ringgit gara-gara masalah kecil yang dihadapi itu.

Menurutnya, pihak syarikat telekomunikasi tersebut seolah-olah tidak endahkan aduan yang dibuat, tetapi lebih merumitkan keadaan dengan terpaksa mengisi pelbagai borang yang lain.

"Jika masalah telefon dan faks saya ini dapat berfungsi semula walaupun terpaksa membayar
sejumlah wang yang besar, saya tidak kisah kerana perniagaan saya hanya bergantung kepada medium komunikasi itu daripada pelanggan.

"Ini membuatkan imej syarikat saya juga terjejas dan beberapa pelanggan saya sudah 'lari' kerana masalah ini. Mereka menyangka saya sudah tidak berminat untuk berniaga lagi," katanya.

Selain itu, beberapa peniaga lain berharap agar pihak syarikat telekomunikasi tersebut dapat menyelesaikan masalah ini yang melibatkan periuk nasi mereka turut terjejas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved