Isnin, 23 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Ketua Hakim Negara Tun Zaki dimasukkan ke IJN

Posted: 22 May 2011 05:00 PM PDT

Ketua Hakim Negara Tun Zaki dimasukkan ke IJN

KUALA LUMPUR - Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi telah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan lanjut setelah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Putrajaya pagi ini, kata Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Persekutuan Yasmin Abdul Razak.

Katanya laporan beberapa media sebelum ini bahawa Ketua Hakim Negara telah jatuh sewaktu berada di Hospital Putrajaya adalah tidak benar sama sekali.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan yang menyebut Zaki dimasukkan ke IJN setelah dilaporkan terjatuh di Hospital Putrajaya.

Seorang pegawai IJN ketika dihubungi mengesahkan Zaki, 66, dimasukkan ke institut itu kira-kira 10.30 pagi dan ketika ini menjalani pemeriksaan yang dikendalikan oleh pakar di hospital berkenaan.

Zaki, 66, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang keenam pada 18 Okt 2008, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peringatan kepada Datuk Seri Najib dari 400,000 guru

Posted: 22 May 2011 05:00 PM PDT

Peringatan kepada Datuk Seri Najib dari 400,000 guru

Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia perlu berbuat sesuatu untuk kepentingan 400,000 guru Malaysia kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran gagal menjaga kepentingan guru.

400,000 guru di seluruh Malaysia sudah tidak yakin dan percaya kepada CUEPAC, NUTP dan KSN dalam memperjuangkan kepentingan guru.

Menteri Pelajaran gagal dalam memperjuangkan nasib guru bila janji berita baik pada Hari Guru peringkat kebangsaan di Kucing baru ini hanya menyenangkan hanya segelintir 3000 orang guru dari kelompok Pengetua dan GPK sahaja.

Ternyata 400,000 orang guru kecewa dengan berita yang indah khabar dari rupa.

WZWH ingin memberi peringatan kepada PM bahawa 400,000 guru yang kecewa kerana gaji tidak naik menyebabkan mereka derita dengan kesempitan kenaikan harga barang makanan dan minyak. Mereka ini akan melepaskan geram dengan mengundi pembangkang pada PRU 13 nanti.

Golongan guru 400,000 rata-rata berpendapat tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat yang menawarkan insentif RM500 sebulan lebih menarik hati.

WZWH ingin beritahu PM, kesan 400,000 guru ini melibatkan keluarga dan kawan-kawan mereka dan guru sebenarnya agen perubahan boleh mempergaruhi masyarakat. Nilai undi 400,000 guru boleh bawa undi blok lebih 1.5 juta undi.

Jika guru 400,000 ini nekad mengundi pembangkang dalam PRU 13, Kerajaan BN dan UMNO boleh tumbang.

Pm perlu ingat bahawa guru hari ini semangatnya seperti guru sebelum merdeka dan sebelum Anwar Ibrahim masuk aktif UMNO. Betul dulu guru adalah tulang belakang UMNO tetapi sekarang tidak lagi. Mereka tidak berpuas hati. Inilah "feedback" yang WZWH dapat dari kajian sikap guru-guru Malaysia.

Pendirian WZWH ialah walaupun gaji guru tidak naik, WZWH tetap undi UMNO dan BN kerana WZWH adalah pejuang UMNO. WZWH adalah AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Tetapi apa yang WZWH bimbang ialah guru-guru lain sudah tidak peduli nasib UMNO dan BN jika PM tidak berbuat sesuatu untuk golongan 400,000 guru. Mereka hanya fikir kepentingan mereka sahaja sekarang kerana sekarang adalah zaman era politik kepentingan kumpulan.

WZWH ingin menyatakan kepada PM bahawa jika 400,000 guru dan keluarga serta rakan-rakan mereka yang WZWH anggarkan berjumlah 1.5 juta "swing" kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti itu bermakna:

* Datuk Seri Najib akan kehilangan jawatan PM
* Tan Seri Muhyidin Yassin akan kehilangan jawatan TPM dan Menteri Pelajaran.
* Menteri-Menteri BN akan tidak berjawatan
* MB-MB dan Ketua Menteri akan kehilangan jawatan
* Ahli parlimen dan ADUN BN akan mengganggor

WZWH amat berharap PM berbuat sesuatu sebelum terlambat dan nasi sudah menjadi bubur kerana PM ada kuasa dan pengaruh untuk buat keputusan yang memuaskan hati guru 400,000 Malaysia.

PM jangan dengar sepenuhnya pandangan KSN, Kementerian Pelajaran, JPN dan CUEPAC serta NUTP yang gagal membawa suara kepentingan guru.

PM boleh buat pilihan: mahu menang atau kalah dalam PRU 13.

Ini adalah peringatan WZWH kepada Datuk Seri Najib.

WZWH tetap menyokong UMNO dan BN tidak kira apa keputusan DS Najib. Tetapi WZWH tidak boleh jamin 400,000 orang guru Malaysia akan tetap menyokong UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti.

Dipetik daripada blog wzwh (AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Wan Zamzuri Wan Hasenan AMP)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved