Isnin, 23 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Jangan ganggu kami!

Posted: 22 May 2011 05:00 PM PDT

Jangan ganggu kami! SKUDAI - Sebanyak tiga rumah disimbah cat dipercayai perbuatan ah long bertujuan meminta pinjaman yang telah mereka beri dikembalikan.

Ketiga-tiga mangsa rumah terbabit tinggal di satu kawasan taman perumahan yang sama iaitu di Taman Ungku Tun Aminah (Tuta), di sini.

Salah seorang mangsa ketika ditemui, Law Lee Lian, 51, berkata, kejadian disimbah cat oleh pihak yang sama itu adalah kali kedua berlaku di rumahnya.

Menurutnya, kejadian kali pertama berlaku pada 30 April lalu telah dibuat laporan di Balai Polis Tuta manakala kejadian kedua berlaku semalam.

"Saya hanya sedar apabila membuka pintu rumah untuk keluar bersenam pada waktu pagi dan terlihat limpahan cat berwarna merah di lantai hadapan rumah.

"Kali pertama kejadian, saya dan suami telah meletakkan nota papan tanda pagar rumah agar pihak berkenaan tidak mengganggu kami selain memaklumkan kami bukanlah orang yang mereka cari," katanya kepada pemberita yang datang berkunjung ke rumahnya di sini, semalam.

Lee Lian berkata, mereka sekeluarga tidak pernah membuat sebarang pinjaman ah long dan tidak mahu terus diganggu pihak berkenaan.

Menurutnya, dia juga ada mendengar orang bercakap di halaman rumahnya pada jam 3 pagi semalam namun dia dan suami serta seorang anak perempuan yang tinggal bersama mendiamkan diri di dalam rumah.

"Kami ada mendengar seperti orang bercakap-cakap di depan rumah ini namun kami tidak membuka pintu dan keluar rumah kerana khuatir perkara yang tidak diingini berlaku.

"Saya mohon kami sekeluarga tidak diganggu lagi selepas ini kerana ugutan seperti ini benar-benar membuat kami rasa tertekan," katanya.

Bagi kes kejadian di rumah kedua pula difahamkan pemilik rumah sebelum ini memang ada membuat pinjaman melalui ah long namun dikatakan telah berpindah.

Ah long berkenaan dikatakan telah melakukan perkara yang sama di rumah terbabit namun rumah tersebut kini didiami pihak lain.

Manakala bagi kes lain, mangsa Dieh Hua Ing, 54, seorang tukang jahit memberitahu kejadian simbah cat di rumahnya oleh pihak yang sama telah berlaku jam 1 tengah hari.

Hua Ing berkata, laporan polis telah dibuat di balai polis yang sama pada jam 8 malam.

Menurutnya, dia serta ahli keluarganya yang lain tiada membuat pinjaman dengan pihak terbabit dan meminta agar tidak diganggu.

Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Teoh Sew Hock berkata, pihaknya akan menyerahkan surat bertulis berkenaan perkara itu hari ini kepada Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved