Isnin, 23 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bimbang insiden berulang

Posted: 22 May 2011 05:00 PM PDT

Bimbang insiden berulang PUCHONG – Kejadian tembok dan tanah runtuh yang berlaku di Bandar Puteri 9, petang Jumaat lalu menyebabkan penduduk dilanda kebimbangan insiden sama berulang sekiranya tiada tindakan segera diambil.

Difahamkan, kesan retakan atas permukaan jalan yang terbabit dengan kejadian tembok runtuh itu semakin membesar semalam.

Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Puteri 9, Peter Lim berkata, lebih membimbangkan satu-satunya laluan ke 58 unit rumah di situ mengalami keretakan serius dan tidak dapat digunakan sebelum ini.

"Seperti saya katakan sebelum ini, hal ini sudah disuarakan kepada pemaju setahun setengah yang lalu kerana jalan Puteri 9/2 itu kerap kali banjir dan air melimpah atas jalan apabila hujan.

:"Tindakan membesarkan 'culvert' yang dijalankan dilihat tidak membantu sehinggalah insiden tembok runtuh mengejutkan penduduk," katanya.

Beliau berkata, cuaca hujan yang tidak menentu kebelakangan ini turut menambahkan kebimbangan.

"Mujur ketika kejadian tembok runtuh dan tanah di cerun dengan kedudukan 90 darjah itu berlaku, cuaca tidak hujan.

"Jika tidak, mungkin keadaan lebih teruk. Justeru, saya mohon langkah segera diambil," katanya yang memaklumkan hanya satu laluan boleh digunakan berikutan sebahagian jalan masuk perumahan mengalami keretakan dan menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Teresa Kok Suh Sim yang meninjau keadaan di lokasi itu berkata, pihaknya difahamkan pemaju menjalankan ujian tanah untuk melihat sama ada masih berlaku pergerakan di kawasan terbabit.

"Sekarang hujan turun hampir setiap hari, jadi saya minta penduduk yang tinggal berdekatan cerun atau di kawasan tinggi memantau keadaan persekitaran mereka.

"Mengenai isu cerun ini, saya dimaklumkan satu mesyuarat akan diadakan esok (hari ini) di pejabat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)," katanya ketika meninjau keadaan bersama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Sabtu lalu Sinar Harian melaporkan rasa khuatir penduduk Bandar Puteri 9 bahawa tembok batu yang mengelilingi rumah mereka akan runtuh sebelum ini menjadi realiti apabila konkrit sepanjang 10 meter yang terletak di cerun bukit itu terhakis menyembah bumi.

Apa yang menghairankan tembok batu itu runtuh sekelip mata meskipun tiada hujan lebat yang boleh menjadi faktor penyebab kejadian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved