Isnin, 23 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

250 penduduk bantah pemaju

Posted: 22 May 2011 05:00 PM PDT

250 penduduk bantah pemaju KUALA KEDAH - Kira-kira 30 orang yang mewakili 250 penduduk Taman Alor Janggus di sini semalam membantah tindakan sebuah syarikat pemaju perumahan menggunakan jalan utama taman itu untuk mengangkut bahan binaan tanpa memohon kebenaran mereka terlebih dahulu.

Setiausaha Persatuan Pakatan Penduduk Taman Alor Janggus, Azizan Shafie berkata, tindakan lori syarikat pemaju yang tidak dikenali menggunakan laluan utama penduduk mengangkut tanah tanpa mengemukakan kebenaran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak disenangi mereka kerana bimbang merosakkan jalan selain membahayakan keselamatan kanak-kanak.

Menurutnya, masalah itu bermula sejak jam 10 pagi kelmarin apabila kira-kira lima lori mengangkut tanah berulang alik keluar masuk menggunakan jalan utama untuk menambak tanah bendang yang terletak bersebelahan taman itu.

"Kami kesal dengan syarikat pemaju terbabit yang langsung tidak merujuk kepada penduduk berhubung penggunaan jalan taman untuk mengangkut bahan pembinaan, malah MBAS juga tidak memaklumkan apa-apa kepada kami.

"Kami bukan anti pembangunan dan tidak tolak sebarang pembinaan taman baru, bagaimanapun kami minta MBAS dan syarikat pemaju yang tidak dikenali itu mengemukakan penjelasan kepada kami terlebih dahulu sebelum menggunakan jalan itu," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Azizan berkata, susulan perbuatan pemaju terbabit, satu mesyuarat tergempar persatuan yang dihadiri lebih 100 penduduk diadakan malam kelmarin bagi membincangkan isu itu.

Menurutnya, hasil keputusan mesyuarat, penduduk menggesa MBAS mengarahkan pemaju berkenaan menggunakan jalan alternatif di belakang Sekolah Menengah Alor Janggus dan bukan melalui jalan utama taman bagi menjaga keselamatan dan keselesaan penduduk.

"Selain itu, satu laporan polis dibuat penduduk pada malam semalam (kelmarin) bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas tindakan pemaju terbabit.

"Kami turut bercadang mengadakan sekatan jalan di taman kami sehinggalah pemaju dan MBAS hadir memberi penjelasan," katanya.

Ditanya sama ada penduduk merujuk hal itu kepada MBAS dan pemaju, Azizan menyatakan mereka belum menemui kedua-dua pihak itu lagi.

"Bagaimanapun, seorang penduduk sudah bersemuka dengan wakil pemandu lori pemaju terbabit dan diberi penjelasan kononnya pemaju sudah mempunyai surat kebenaran menggunakan jalan itu.

"Wakil kami meminta individu terbabit mengemukakan surat kebenaran MBAS itu terlebih dahulu, tetapi sehingga kini penduduk tidak menerima sebarang kebenaran hitam putih daripada pemaju," katanya.

Azizan turut berharap Kerajaan Negeri campur tangan dalam hal itu dan mendesak pelaksanaan projek pembinaan terbabit tidak mengganggu kehidupan seharian penduduk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved