Isnin, 23 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bayi maut ditinggal dalam kereta 5 jam

Posted: 22 May 2011 05:00 PM PDT

Bayi maut ditinggal dalam kereta 5 jam

ROM - Seorang bayi perempuan di Itali meninggal dunia selepas bapanya terlupa menghantar kanak-kanak itu ke pusat penjagaan dan meninggalkannya di dalam kereta yang panas selama lima jam.

Elena Petrizzi, 22 bulan, meninggal dunia, Sabtu lalu, iaitu tiga hari selepas bapanya, Lucio, 45, meninggalkan kanak-kanak itu di dalam kereta secara tidak sengaja semasa pergi mengajar di universiti.

Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kehilangan air dalam badan oleh bapanya yang kemudian cuba menyelamatkan anaknya sebelum menghubungi ambulans.

Namun pakar perubatan gagal menyelamatkan Elena yang mengalami bengkak otak akibat suhu tinggi mencecah 30 darjah Celsius di dalam kereta.

Lucio kini didakwa polis Itali atas tuduhan menyebabkan kematian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berlusconi didakwa bayar mafia RM1.5j

Posted: 22 May 2011 05:00 PM PDT

Berlusconi didakwa bayar mafia RM1.5j ROM - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi dilanda skandal terbaru selepas didakwa membayar wang perlindungan sebanyak 300,000 pound (RM1.5 juta) setahun kepada kumpulan mafia di negara itu.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang bekas anggota kumpulan mafia semasa perbicaraan kes dua anggota polis yang dibicarakan atas tuduhan rasuah di mahkamah Rom, kelmarin.

Berlusconi, 74, sering dikaitkan dengan kumpulan mafia di Itali sejak beliau menceburi bidang perniagaan lebih 30 tahun lalu.

Giovanni Brusca, 54, menjadi sumber maklumat polis selepas ditahan pada 1996 dan mendakwa Berlusconi membayar mafia bagi menjaga keadaan perniagaannya di Sicily.

Tuduhan itu memberi tamparan baru kepada Berlusconi yang kini didakwa atas dakwaan mengadakan hubungan seks dengan pelacur bawah umur dan penyalahgunaan kuasa.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved