Isnin, 23 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rampas diesel subsidi haram

Posted: 22 May 2011 05:00 PM PDT

Rampas diesel subsidi haram KUANTAN – Sepasukan Penguat kuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri merampas satu tangki berisi 4,000 liter diesel di kawasan hutan simpan Maran, kelmarin.

Dalam operasi kira-kira jam 2.30 petang itu, diesel subsidi tanpa kebenaran bernilai RM7,200 yang berada di luar rumah kongsi itu dipercayai digunakan untuk perindustrian dalam kawasan berkenaan.

Pengarahnya, Mohd A Aruwan Ab Aziz berkata, rampasan itu dilakukan hasil intipan Penguat kuasa selepas menerima maklumat pelbagai pihak termasuk orang awam.

"Dalam operasi khusus itu, kita menemui satu tong yang diletakkan di depan rumah kongsi dalam hutan itu. selepas pemeriksaan mendapati tong itu mengandungi diesel subsidi," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menggunakan Teknologi Nano mengesahkan bahan di dalam tong itu ialah diesel subsidi tanpa kebenaran.

Katanya, kehadiran penguat kuasa tidak disedari individu terbabit namun beliau percaya mereka juga tidak menyangka pihak berkuasa akan melakukan operasi di kawasan hutan itu.

Bagaimanapun, jika sabit kesalahan, mereka yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman di bawah Akta Bekalan Kawalan 1961, Perintah Kawalan Bekalan (Pindaan barangan berjadual 2006) iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Tahun ini kita menggiatkan lagi pemeriksaan bagi mengelakkan golongan tertentu mengambil kesempatan di atas subsidi yang diberikan kerajaan," katanya.

Aruwan berkata, sebanyak 12 kes berjaya dikesan tahun ini dengan nilai diesel yang disita lebih RM74,000 membabitkan 46,761 liter dan meningkat 1 peratus berbanding tahun lalu dalam tempoh sama.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved