Isnin, 23 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kerajaan akan batal lesen nelayan: Noh

Posted: 22 May 2011 05:00 PM PDT

Kerajaan akan batal lesen nelayan: Noh SEPANG - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan tidak teragak-agak membatalkan lesen perikanan laut dalam syarikat melanggar syarat perlesenan.

Beliau berkata, pada 2008, kerajaan membuat dasar bahawa pemegang lesen dikeluarkan selepas tahun tersebut tidak dibenar menggunakan bot terpakai dari luar negara bagi mengelakkan kekeliruan kepada pihak berkuasa.

"Kita telah menetapkan syarat agar semua nelayan pemohon lesen laut dalam tidak dibenarkan menggunakan bot terpakai dari luar negara. Jika ada sekalipun, kemungkinan lesen-lesen berkenaan dikeluarkan sebelum tahun 2008," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepang di Dewan Serba guna Bandar Baru Salak Tinggi, di sini semalam.

Noh mengulas piket yang diadakan kira-kira 1,800 nelayan dan pemilik bot tempatan serta lebih 1,000 pemilik bot pelbagai jenis di Tanjung Api, Pahang sebagai membantah operasi bot laut dalam di Zon C2 yang didakwa telah menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

Mereka mendakwa bot laut dalam terpakai diperoleh dari luar negara telah disalah guna pihak tertentu yang menyewakannya kepada nelayan asing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM, isteri sedih tanah runtuh korbankan anak yatim

Posted: 22 May 2011 05:00 PM PDT

PM, isteri sedih tanah runtuh korbankan anak yatim WASHINGTON - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sedih dengan kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat dan mengucapkan rasa simpati kepada keluarga mangsa.

"Saya amat sedih atas malapetaka yang berlaku terhadap Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat. Tragedi itu menyayat hati dan saya, isteri dan keluarga turut merasa sedih atas apa yang berlaku," katanya.

Sambil mengucapkan rasa simpati beliau dan keluarga kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu, Najib berkata beliau telah meminta pihak yang berkenaan menyiasat punca kejadian itu.

Najib berkata, kerajaan akan membina semula rumah anak-anak yatim itu dan membina semula kehidupan mereka yang terselamat.

Beliau berkata kerajaan juga akan memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa kejadian itu.

"Mudah-mudahan sumbangan daripada kerajaan ini akan dapat membantu meringankan beban dan rasa pilu mereka. Saya percaya isteri saya melalui Bakti dan Kasih akan memberi sumbangan pada mereka yang mengalami kehilangan nyawa dan cedera," katanya.

Sementara itu, Rosmah berkata, beliau telah menghubungi Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya memaklumkan kepada Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) untuk melihat keluarga mangsa kejadian itu.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved