Isnin, 23 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mimpi petanda buruk

Posted: 22 May 2011 05:00 PM PDT

Mimpi petanda buruk KUALA KRAI - Seorang jururawat masyarakat, Siti Hajarul Aswad Mat Kar tidak menyangka mimpi melihat kebakaran besar selama tiga malam berturut-turut memberi petanda buruk apabila kuarters Klinik Desa Keroh, dekat sini, yang didiaminya terbakar, semalam.

Pada kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Siti Hajarul Aswad, 28, bagaimana pun terselamat kerana berada di Klinik Kesihatan Bandar (KKB) Kuala Krai untuk bertemu penyelianya ketika kebakaran berlaku.

Seorang lagi Jururawat Masyarakat klinik itu, Rashidah Ahmad juga tidak berada di klinik berkenaan kerana keluar membuat pemeriksaan kesihatan seorang wanita baru bersalin di Kampung Keroh.

Siti Hajarul Aswad yang mengetahui mengenai kejadian selepas dihubungi penduduk kampung berkata, dia tidak menyangka mimpi melihat kebakaran besar itu menjadi petanda buruk bakal menimpa dirinya.

"Ketika kejadian saya sedang bertemu dengan penyelia di KKB Kuala Krai dan terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang penduduk yang memaklumkan rumah (kuarters) saya terbakar.

"Saya bergegas pulang dan bila sampai, saya lihat anggota bomba bertungkus lumus memadam api yang sedang marak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Kampung Keroh, dekat sini, semalam.

Klinik Desa Keroh yang menempatkan dua jururawat masyarakat itu merangkumi satu bangunan untuk merawat pesakit dan sebuah kuarters yang didiami Siti Hajarul Aswad.

Sementara itu, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Azhar Ab Rahman berkata, kebakaran kuarters klinik bersebelahan Jalan Kuala Krai-Machang itu dimaklumkan kepada pihaknya pada jam 1.03 tengah hari.

Katanya, dua jentera bersama tujuh anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan sampai 10 minit kemudian sebelum operasi memadam kebakaran dilakukan dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Krai.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved