Isnin, 23 Mei 2011

SH


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH


» selanjutnya...

Posted: 22 May 2011 05:00 PM PDT

KEJAM

SUNGAI SIPUT (U) – Seorang lelaki, S Gajamugan, 37, ditemui mati di rumahnya di Taman Muhibbah Jaya dekat sini dalam keadaan yang sungguh sadis.

Mangsa yang ditemui oleh isterinya, Kasturi, 36 yang ketika itu pulang ke rumah kira-kira jam 9 pagi melihat pintu rumah terbuka dan menemui suaminya dalam keadaan berlumuran darah di bilik kedua kediaman mereka. S Gajamugan ketika itu dikatakan sudah tidak bernyawa, dan dalam keadaan berbogel.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supritendan Azman Salim, berkata, bapa kepada empat anak itu ditemui dalam keadaan terlentang dan ditetak di beberapa bahagian badan termasuk di leher, kaki, tangan dan leher.

Menurutnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu dilakukan oleh orang dikenali mangsa berdasarkan hasil siasatan awal yang dilakukan di rumah mangsa.

"Punca sebenar kejadian masih disiasat tetapi kita tidak menolak kejadian dilakukan orang dikenali mangsa kerana tiada sebarang kesan pecah rumah atau barang hilang.

"Kejadian berlaku di antara jam 12.00 malam hingga 7.00 pagi dan pihak polis tidak menemui senjata tajam yang digunakan di lokasi.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta tampil membantu pihak polis menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sementara itu, kembar mangsa, S Karthi, 37, berkata, dia terkejut mendengar berita abangnya mati dalam keadaan mendukacitakan kerana abangnya tidak ada musuh atau masalah kewangan.

"Dia seorang yang baik dan periang serta tidak mempunyai musuh atau berhutang dengan sesiapa.

"Sepatutnya pada awal pagi dia akan keluar menoreh getah tetapi tidak sangka pula perkara ini akan terjadi.

"Kali terakhir saya menemuinya ialah seminggu lalu dan ketika kejadian dia tinggal seorang diri kerana pada setiap Sabtu dan Ahad, isteri serta anaknya akan pulang ke rumah ibu mereka di Taman Lintang Makmur," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pekerja kontrak terlantar sakit

Posted: 22 May 2011 05:00 PM PDT

Pekerja kontrak terlantar sakit TAPAH ROAD – Nasib seorang pekerja kontrak Majlis Perbandaran Teluk Intan kini umpama sudah jatuh ditimpa tangga apabila kaki yang tercedera akibat kemalangan lalu masih belum pulih seperti dijangkakan.

A Ganeson, 30, dari Kampung Mak Teh di sini kini hanya mampu terlantar di rumah kerana tulang kaki kanannya masih belum pulih.

Ganeson berkata, dia mengalami kemalangan jalan raya pada Disember 2008 dan sehingga kini kecederaan masih belum pulih sepenuhnya.

Menurutnya, akibat daripada kemalangan itu, dia tidak lagi mampu bekerja dan hanya mengharapkan ihsan adik serta abang yang membuka kedai cuci kereta.

"Kini saya dijaga dan diuruskan sepenuhnya oleh adik serta abang kerana isteri sudah meninggalkan saya," katanya.

Ganeson berkata, masalah semakin menghimpit apabila dia tidak mampu untuk menanggung kos perubatan yang tinggi akibat tidak bekerja.

"Setiap bulan saya perlu berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan kaki yang patah ini.

"Saya tidak bekerja buat masa ini, bagaimana pula mahu membayar kos rawatan ini," katanya.

Katanya, sebelum ini, dia ada membuat permohonan untuk bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, malangnya ia masih tidak diluluskan kerana dikatakan bakal pulih mengikut keterangan pihak perubatan.

"Bantuan Socso yang diberikan sebelum ini juga sudah ditamatkan dan kini saya tidak mempunyai sebarang pendapatan untuk menampung perbelanjaan.

"Sampai bila saya perlu bergantung dengan keluarga untuk menampung kos sara hidup dan rawatan kerana mereka juga mempunyai kehidupan sendiri," katanya.

Diharap agar pihak berkenaan dapat membantu mendapatkan bantuan sewajarnya bagi meringankan beban yang ditanggung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved