Sabtu, 21 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenaikan minyak bebankan rakyat

Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT

Kenaikan minyak bebankan rakyat MACHANG - Pergerakan Pemuda UMNO tidak bermaksud menentang kerajaan dengan membantah kenaikan harga minyak RON 95 dan tarif elektrik.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pergerakan Pemuda UMNO sentiasa menyokong kerajaan namun dalam hal ini, jika dilaksanakan, ia akan membebankan rakyat.

Menurutnya, kenaikan RON 95 dan tarif elektrik akan memberi kesan terhadap barangan lain apabila ia melibatkan rantaian nilai.

"Dalam sebarang keputusan, Pergerakan Pemuda mengalu-alukan gagasan rakyat diutamakan dan kami percaya ada mekanisme lain yang boleh digu-nakan untuk menampung subsidi dan kenaikan harga minyak terbabit.

"Jika kenaikan ini diteruskan, ia adalah keputusan tidak bertanggungjawab memandangkan rata-rata rakyat menggunakan RON 95.

"Rakyat sudah terbeban dengan kenaikan harga makanan dan sebarang kenaikan pada harga petrol dan tarif elektrik akan menyebabkan mereka terus terhimpit," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda/Puteri UMNO Bahagian Machang dan Pelancaran Gelombang Merah Peringkat Parlimen Machang di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pergerakan UMNO Baha-gian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub; Timbalan UMNO Bahagian Machang, Ab-dul Halim Ismail; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Machang, Datin Rahimah Mohamad; Ketua Pergerakan UMNO bahagian Machang, Eriandi Datuk Ismail dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Machang, Syam-suriani Ismail.

Khairy berkata, dalam menangani masalah sumber kewangan yang dihadapi, kerajaan perlu mengubah gaya perbelanjaan dan mengamalkan sikap berjimat cermat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan ragui susu

Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT

Jangan ragui susu BALING - Logo halal yang tertera pada kotak Susu Sekolah 1Malaysia yang diagihkan percuma kepada murid sekolah rendah bermula awal bulan ini tidak perlu diragui kerana ia mendapat pensijilan halal daripada pengeluar sijil di negara pengeluar produk.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurutnya, ketika kerajaan memutuskan untuk membekalkan semula susu kepada pelajar menerusi Program Susu Sekolah 1Malaysia, negara ini sememangnya tidak mempunyai bekalan yang mencukupi.

"Kita putuskan bekalkan susu 1Malaysia, kita maklum Malaysia tidak mempunyai bekalan susu yang cukup dan sebahagian susu dibawa masuk ke negara kita pun, susu import, cuma mereka ada pensijilan halal.

"Dalam kes ini, tidak perlu dirisaukan, saya pasti dan yakin, ia halal dan mendapat sijil dari pengeluar sijil halal di sana," katanya pada sidang media selepas merasmikan kompleks Pejabat Pelajran Daerah Baling/Sik, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Shaharol Niza Omar, mengenai logo halal tertera pada kotak susu, didakwanya tidak menggunakan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Muhyiddin berkata, walaupun sya�rikat dilantik Kementerian Pelajaran itu sudah mempunyai sijil halal dari negaranya, namun ia tetap perlu memohon pensijilan halal Jakim.

"Kita minta pembekal yang diberi kontrak untuk memohon pensijilan itu supaya hal ini dapat disahkan, berpandukan prinsip 'halalan toyiban', jadi janganlah risau," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved