Sabtu, 21 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

RM20j bina taman rekreasi

Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT

RM20j bina taman rekreasi KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi projek pembangunan taman kejiranan dan rekreasi bersepadu di Lembah Pantai yang bakal siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, projek terbabit meliputi tiga fasa pelaksanaan.

Katanya, fasa pertama projek dijangka bermula dalam tempoh tiga bulan daripada sekarang.

Menurutnya, projek fasa pertama bakal dimanfaatkan kira-kira 300,000 penduduk akan dimulakam pada sekitar penghujung tahun ini.

"Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan untuk fasa pertama yang disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan pelaksanaan.

"Projek ini meliputi kawasan seluas 41.28 hektar yang kini dalam proses untuk digazetkan sebagai kawasan hijau," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek bagi pelaksanaan fasa pertama yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

Beliau berkata, projek terbabit menunjukkan komitmen kerajaan dalam usaha membangunkan kawasan hijau dan juga sasaran di bawah program Greater KL- Klang Valley.

Katanya, projek terbabit seiring dengan pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 untuk tempoh lima tahun.

"Projek ini juga menitikberatkan kemudahan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) untuk mereka bersama-sama menikmati kemudahan yang ada.

"Saya yakin kawasan ini akan menjadi taman rekreasi yang terbaik di Kuala Lumpur, untuk warga kota beristrihehat" katanya.

Kawasan cadangan pembangunan projek berkenaan terletak di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam berhampiran kawasan pembangunan Pantai Hillpark yang juga merupakan sempadan di antara garisan Negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Pembangunan taman itu akan mewujudkan sebuah taman awam yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasarana bagi semua golongan peringkat umur.

Rekabentuk pembangunan akan mengambil kira keperluan pengguna dengan bercirikan konsep mesra pengguna dan pembangunan mental serta fizikal dari sudut kesihatan diri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved