SH |
Tidak kesampaian jumpa anak isteri Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT Tidak kesampaian
jumpa anak isteri
KOTA BHARU – Mangsa nahas ngeri di Kilometer 25.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan adalah suami yang baik dan tidak melepaskan peluang untuk balik menjenguk anak isteri dan keluarga setiap minggu.
Penyelia Teknikal syarikat perkapalan di Kemaman, Tengku Azman Tengku Saibon, 38, meninggal dunia di tempat kejadian jam 9 malam kelmarin apabila kereta yang dipandu terbabas merempuh pengadang jalan ketika mengambil selekoh. Sepupu mangsa, Mohd Faisal Mohd Fauzai, 28, berkata, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pengkalan Chepa petang semalam. Menurutnya, keluarga mengetahui berita kematian itu kira-kira jam 11 malam kelmarin dan beberapa anggota keluarga bergegas ke Marang untuk menuntut jenazah di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. "Biasanya arwah balik ke rumah isterinya di Pengkalan Chepa sebelum melawat keluarga di Kampung Repek, Pasir Hor. "Sejak bekerja di Kemaman setahun lalu, dia balik setiap minggu dengan memandu seorang diri dan kami tidak menyangka hasrat untuk bertemu keluarga kali ini tidak kesampaian," katanya. Mangsa yang berasal dari Kampung Putat Pendek, Pasir Mas tersepit di tempat duduknya dan terpaksa dikeluarkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Zamri Awang Long. Mohd Zamri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu lebih kurang jam 8.30 malam dan tiba di lokasi kemalangan tersebut setengah jam kemudian sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit kira-kira jam 10 malam. "Kita terpaksa gunakan 'hydraulic cutter' untuk mengeluarkan mangsa berikutan keadaan mangsa tersepit di tempat duduk," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT Tidak kesampaian

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan