Sabtu, 21 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Warga emas tak serik

Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT

Warga emas tak serik JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berusia 50 tahun tidak pernah serik melakukan jenayah, apabila ditahan di sebuah rumah bersama dua pistol.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, sepasukan polis dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang telah menyerbu rumah di Sungai Mati, Ledang pada 18 Mei lalu.

"Hasil serbuan itu polis merampas beg warna hitam mengandungi pistol berserta 22 peluru hidup, dua peluru, tiga pedang samurai dan gari.

"Turut dirampas tiga paket kecil dadah, tiga biji ecstasy dan sebiji eramin 5, manakala dalam sebuah lagi beg mengandungi sepucuk pistol Sig Sauer P226 disyaki palsu bersama satu kelopak peluru," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, semakan rekod mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan lima rekod jenayah melibatkan kes dadah.

Hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga mendapati, lelaki berusia 50 tahun itu positif dadah.

"Kita berterima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan tahniah buat anggota polis yang berjaya menangkap lelaki ini. Kita percaya dengan penahanan suspek polis berjaya menyelesaikan 27 kes jenayah," katanya.

Suspek ditahan reman dari 19 Mei hingga 25 Mei depan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 (A) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960.

Sementara itu, Mohd Mokhtar turut mengumumkan kejayaan polis menumpaskan sindiket pecah rumah, curi kenderaan dan dadah di sekitar Johor Bahru.

Katanya, pada 19 Mei lalu jam 1.15 pagi, polis dari balai Johor Bahru Selatan telah menahan dua lelaki berumur 26 dan 35 tahun.

Kedua-dua lelaki ini dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah, pecah kenderaan di sekitar kawasan Taman Pelangi.

"Salah seorang lelaki ini dikehendaki polis manakala seorang lagi mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu melibatkan kes dadah dan curi kenderaan.

"Suspek ditahan empat hari dari tarikh ditangkap," katanya.

Hasil tertangkap dua lelaki tersebut, polis merampas dua allen key, satu palam pencucuh kenderaan yang diubahsuai yang dipercayai digunakan sebagai peralatan kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan.

Turut dijumpai ialah satu paket dadah jenis syabu, tujuh biji dadah eramin 5 dan beberapa jenis peralatan untuk menagih.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 28 (1) Undang-undang kesalahan Kecil 1955.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved