Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Kejadian tanah runtuh: Mayat seorang lagi mangsa dikeluarkan Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT Kejadian tanah runtuh: Mayat seorang lagi mangsa dikeluarkan KAJANG - Mayat seorang lagi mangsa berjaya dibawa keluar dalam tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dekat sini hari ini. Mayat ketiga dibawa keluar pukul 6.10 petang. |
Kejadian tanah runtuh: 24 terperangkap Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT Kejadian tanah runtuh: 24 terperangkap KAJANG - Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian itu berlaku. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, 20 pelajar dan empat warden terpeangkap dalam runtuhan tersebut. "Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian dan menyebabkan dua mangsa maut masing-masing berumur 11 dan 14 tahun," katanya. Beliau meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang sekiranya berlaku lagi runtuhan. Sementara itu, dalam laman Twitter, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera. "Saya sedih dengan berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang menyebabkan kematian. Kerajaan negeri akan sediakan tabung bantuan mangsa dengan segera," dipetik daripada Twitternya. Seramai 49 orang berada di kawasan terbabit ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan