Sabtu, 21 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Nenek dijatuhi hukuman mati

Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT

Nenek dijatuhi hukuman mati SHAH ALAM – Seorang nenek 64 tahun menangis setelah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam kerana mengedar dadah.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Fazila Bee Abdul Kareem selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Fazila, warga India, didapati bersalah mengedar 2,925 gram ketamin di kaunter pemeriksaan Kastam A, Unit Khas Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, kira-kira 2.30 petang, 13 Februari 2009.

Pendakwaan terhadap Fazila mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Noor Azian dalam penghakimannya berkata, mahkamah tidak menerima keterangan Fazila yang mendakwa dia datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan.

"Kalau nak kerja mesti dah tahu tempat hendak kerja, nama majikan dan ada permit. Bagaimanapun pasport dan visa Fazila menunjukkan dia datang ke negara ini sebagai pelancong," katanya.

Selain itu, Noor Azian berkata, keterampilan dan usia Fazila menunjukkan umur wanita itu seperti lebih 64 tahun.

"Mustahil ada orang yang nak ambil dia kerja sebagai pembantu rumah. Mahkamah mendapati keterangan itu tidak masuk akal," katanya.

Noor Azian menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Fazila.

Di peringkat awal Fazila tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Selepas dia keluar dari kandang tertuduh dan diterangkan peguamnya, K A Ramu, mengenai hukuman mati itu, Fazila mula dilihat menangis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suri rumah didakwa curi

Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT

Suri rumah didakwa curi GEORGETOWN - Seorang suri rumah semalam hadapi tuduhan mencuri di pasar raya kali kedua dalam tempoh dua minggu.

Tuduhan kedua itu dibuat beberapa jam selepas tertuduh menghadirkan diri ke Mahkamah Megistret untuk sebutan kes atas tuduhan mencuri enam tin minuman keras, kelmarin.

Teo Sui Sian, 32, didakwa mencuri dua tin susu tepung bernilai RM94.70, milik Pacific Hypermarket & Department Store, Komtar, di sini, kira-kira 10.30 pagi, kelmarin.

Bagi tuduhan itu, Timbalan Pendakwa Raya, S Selvaranjini mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.

Sui Sian mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Noor Aini Yusof.

Noor Aini benarkannya diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan tetapkan 7 Jun untuk serah dokumen dan sebutan kes.

Dua minggu lalu, Siu Sian didakwa curi enam tin minuman keras di sebuah pasar raya di Lintang Sungai Pinang 1, di sini.

Ketika itu, Noor Aini benarkannya diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan tetapkan 19 Mei untuk sebutan semula.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved