Sabtu, 21 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beli mempelam taktik elak sekatan

Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT

Beli mempelam taktik elak sekatan ARAU – Gara-gara mahu mengelak ditahan polis, pemandu kenderaan jenis Proton Persona terpaksa membazirkan kira-kira setengah jam di sebuah gerai menjual mempelam di jalan Kuala Perlis-Changloon, berhampiran sempadan negeri, kelmarin.

Bagaimanapun, taktiknya itu tidak menjadi apabila polis sudah mengesan had laju 130 kilometer sejam yang dipandu pemandu sedangkan jalan berkenaan hanya dihadkan kepada 90 kilometer sejam.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Rosli Yahaya berkata, ramai pemandu bertindak berhentikan kenderaan di gerai mempelam dan berlakon seolah-olah untuk membeli buah berkenaan selepas menyedari kehadiran pasukan anggota polis membuat sekatan jalan raya.

Menurutnya, pihaknya percaya, tindakan berkenaan dilakukan pemandu bertujuan untuk menunggu sehingga polis menamatkan operasi selain mengelak dari disaman.

Beliau berkata, kebanyakan mereka dikenal pasti melakukan kesalahan jalan raya membabitkan had laju dan tiada lesen memandu dan menggunakan plat nombor pendaftaran yang tidak mengikuti spesifikasi.

"Dalam operasi bersepadu yang membabitkan kerjasama tiga kontinjen iaitu Perlis, kedah dan Bukit Aman itu, sebanyak 99 saman dikeluarkan dalam tempoh tiga jam bermula empat hingga tujuh malam.

"Daripada jumlah itu, 56 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu melebihi had laju, 35 atas kesalahan menggunakan plat nombor yang tidak mengikut spesifikasi, dua atas kesalahan tiada cukai jalan, lima tiada lesen dan lima lain-lain kesalahan," katanya.

Hadir sama, Penguasa Polis Bukit Aman, Deputi Superintendan Tan Hock Tho.

Rosli berkata, dalam tempoh dua jam operasi, polis mengeluarkan 60 saman dan setiap dua minit operasi, satu saman membabitkan kesalahan memandu had laju dikeluarkan.

Katanya, pemandu wanita adalah paling ramai disaman membabitkan kesalahan berkenaan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved