Sabtu, 21 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kempunan jumpa anak

Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT

Kempunan jumpa anak MARANG – Sudah menjadi rutin setiap minggu, seorang penyelia teknikal sebuah syarikat perkapa-lan dari Kemaman, Tengku Azman Tengku Saibon, 38, akan pulang menjenguk isteri dan tiga anaknya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dengan memandu kereta seorang diri.

Bagaimanapun, suratan takdir sudah menentukan minggu ini adalah minggu terakhir mangsa yang beralamat dari Kampung Putat Pendek, Pasir Mas dapat berbuat demikian selepas bapa tiga anak itu maut dalam kemalangan malam kelmarin.

Kemalangan yang berlaku lebih kurang jam 9 malam di Kilometer 25.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Alor Tuman di sini, ketika Tengku Azman dalam perjalanan pulang ke Pengkalan Chepa selepas pulang dari kerja.

Sepupu mangsa, Mohd Faisal Mohd Fauzai, 28, berkata, kebiasaannya arwah akan ke rumah isterinya di Pengkalan Chepa untuk bertemu anaknya terlebih dahulu sebelum pergi melawat keluarganya di Kampung Rupek, Pasir Hor pada keesokan harinya.

Menurutnya, sejak bekerja sebagai penyelia teknikal di sebuah syarikat perkapalan di Kemaman lebih kurang setahun lalu arwah tidak pernah terlepas dan pasti akan pulang menjenguk keluarga setiap minggu dengan memandu seorang diri.

"Bagaimanapun semalam, kami semua terkejut dengan kejadian kemalangan yang menimpanya namun kami tetap reda dengan ketentuan Tuhan kerana Tuhan lebih menyayanginya," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, nahas itu dipercayai berlaku apabila kereta Mercedes yang dipandu Tengku Azman gagal dikawal sewaktu mengambil selekoh dan terbabas ke kiri jalan lalu merempuh penghadang jalan ketika dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu .

Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota dari dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Marang diketuai Penolong Kanan Penguasaha Bomba, Mohd Zamri Awang Long dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa tersepit.

Mohd Zamri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu lebih kurang jam 8.30 malam dan tiba di lokasi kemalangan tersebut setengah jam kemudian sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit kira-kira jam 10 malam.

"Kita terpaksa menggunakan pemotong hidraulik untuk mengeluarkan mangsa berikutan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta dipandunya merempuh besi pengadang jalan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Superintendan Mohamad Zohan Seman ketika dihubungi mengesahkan menerima lapo-ran mengenai kejadian kemalangan di Kilometer 25.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan itu.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan dalaman yang teruk di dada dan siasatan awal polis mendapati kemala-ngan berlaku tanpa melibatkan pertembungan dengan kenderaan lain.

"Mayatnya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga mangsa pagi semalam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved