Sabtu, 21 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Remaja diburu

Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT

Remaja diburu TAPAH – Umpama tin sardin. Begitulah perumpamaan yang sesuai menggambarkan sebuah van yang berkapasiti 11 penumpang diisi dengan 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dibawa dari Bukit Kayu Hitam, Kedah ke Johor.

Namun nasib tidak menyebelahi PATI ini apabila kenderaan yang mereka naiki rosak di Kilometer 314.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Chenderiang di sini pada 26 Mac lalu.

Pemandu yang juga pemilik van berkenaan hanyalah seorang remaja berusia 21 tahun namun menjadi perantara kepada PATI ini untuk diperdagangkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintendan Abdullah Arshad berkata, pada hari kejadian, van yang membawa PATI ini berhenti di lorong kecemasan sekitar jam 1.15 pagi.

Menurutnya, sebuah kenderaan pihak peronda Plus yang berada di tempat kejadian berhenti untuk melihat keadaan van tersebut.

Sebaik sahaja anggota peronda Plus berhenti, didapati pemandu van berkenaan sudah melarikan diri dengan sebuah kenderaan lain yang sedia menunggu.

"Pemeriksaan di dalam van mendapati seramai 41 PATI dipercayai dari Myanmar dengan 19 lelaki dewasa, tujuh perempuan dewasa, tujuh kanak-kanak lelaki dan lapan kanak-kanak perempuan berada dalam kenderaan berkenaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, semalam.

Abdullah berkata, hasil siasatan juga mendapati kesemua pendatang tersebut dibawa masuk ke negara ini secara haram dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Polis telah membuka siasatan kes ini di bawah Seksyen 13 Akta Pemerdagangan Orang 2007 dan semua pendatang berkenaan kini ditempatkan sementara di Pusat Perlindungan di Kuala Lumpur dan Melaka.

"Polis juga sedang menjalankan siasatan dan masih mengesan pemilik kenderaan yang dipercayai dapat membantu di dalam kes ini," katanya.

Abdullah berkata, suspek pemilik kenderaan ialah Muhamad Zaki Daut, 21, yang beralamat di Perumahan Tersusun Kampung Tuan, Sungai Seh, Kota Tinggi, Johor.

"Modus operandi mereka ini dipercayai menggunakan laluan hutan di Bukit Kayu Hitam untuk membawa PATI ini ke negara ini.

"Pihak polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Muhamad Zaki untuk membantu siasatan polis," katanya.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat berkaitan suspek boleh berhubung terus di Hotline IPD Tapah 05-4015222 atau berhubung di balai-balai polis berhampiran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved