Khamis, 14 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bertembung lori kayu getah

Posted: 13 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bertembung lori kayu getah JEMPOL - Tiga maut termasuk seorang daripadanya putus kaki kiri selepas terbabit dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 15 Jalan Bahau - Kemayan, di sini, petang kelmarin.

Mangsa yang meninggal dunia, dikenali sebagai Al Izan Ahmad, 35, yang menunggang motosikal, selain pemandu Proton Saga, Chu Peng Seng, 34, dan penumpangnya, Sum Wan Kong, 49.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Sabri Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu, motosikal dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Bahau menghala Lui Selatan 1, di sini dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori sarat dengan muatan kayu getah dari arah bertentangan.

"Akibat pertembungan itu, penunggang motosikal terjatuh atas jalan, manakala kaki kanannya termasuk ke dalam tayar. Kaki kiri mangsa terputus dan tercampak hampir 20 meter daripada badan mangsa. Manakala, tangan kanannya hampir putus," katanya.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 27 tahun bersama kelindannya berusia 34 tahun bagaimanapun cuba memperlahankan kenderaan, namun gagal mengelak motosikal tersebut terbabit.

"Tidak lama kemudian, datang sebuah Proton Saga dari arah Bahau, sekali lagi berlaku pertembungan menyebabkan kereta berkenaan terhumban ke dalam semak, kira-kira 14 meter dari bahu jalan," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Mohd Sabri berkata, rempuhan itu, menyebabkan lori berkenaan terbalik dalam keadaan melintang, sehingga muatan kayu getah bertaburan di atas jalan raya.

"Pemandu kereta dan penumpangnya tersepit di bahagian depan tempat duduk dan meninggal dunia serta merta. Manakala, pemandu lori berkenaan tercampak keluar dari lori menyebabkan tulang rusuknya patah. Sementara, kelindannya tersepit di bahagian depan lori hanya mengalami cedera ringan.

"Kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Jempol di sini, bagaimanapun kelindan berkenaan hanya dirawat sebagai pesakit luar," katanya.

Maut kerana enggan padam lampu

Posted: 13 Jul 2011 05:00 PM PDT

Maut kerana enggan padam lampu HULU SELANGOR – Gara-gara tidak berpuas hati lampu tidak dipadamkan ketika tidur, dua pekerja kilang tin makanan maut ditikam rakan serumah dalam kejadian di Jalan Orkid, Bukit Sentosa, di sini, awal pagi semalam.

Sebelum kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, kedua-dua mangsa serta seorang lagi rakan mereka dikatakan bergaduh dengan suspek mengenai perkara itu di rumah sewa mereka.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Norel Azmi Yahya Affendi berkata, pertikaman lidah antara empat warga Vietnam itu bertambah buruk apabila seorang daripada mereka naik berang sebelum menikam tiga yang lain.

"Dua daripada mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah ditikam di perut dan dada termasuk kesan luka pada tapak tangan.

"Seorang lagi mangsa hanya cedera di tangan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Selayang," katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS), semalam.

Norel Azmi berkata, suspek berusia 28 tahun itu kemudiannya melarikan diri selepas kejadian.

"Kita bagaimanapun dapat kesan suspek sebelum menahannya tadi (semalam). Pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa berusia 36 dan 25 tahun itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 dan 303 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan :menyebabkan kecederaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved