Khamis, 14 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Angkut barang belum lulus

Posted: 13 Jul 2011 05:00 PM PDT

Angkut barang belum lulus JOHOR BAHRU – Kastam Johor merampas lebih 500 karton minuman keras dan 200 karton rokok putih bernilai RM1,092,000 serta 300 karton rokok keretek bernilai RM1,812,921.60 dalam tiga pemeriksaan berasingan di Bangunan Sultan Iskandar, Jumaat lalu.

Pengarah Kastam Johor, Datuk Ramli Johari berkata, pemeriksaan melibatkan rampasan minuman dibuat kira-kira jam 1.30 petang di kawasan Bahagian Eksport setelah sebuah lori mengangkut barang belum lulus Kastam berjaya dikesan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap lori tersebut, sejumlah 13,172 liter minuman keras pelbagai jenama bernilai RM258,753.47 termasuk cukai ditemui.

"Tangkapan dibuat selepas berlaku kejar-mengejar sejauh 300 meter di kawasan Bahagian Eksport. Pihak kami berjaya menemui minuman keras berkenaan dan pemandunya yang berusia 31 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

":Perbuatan itu adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967," katanya pada sidang media di Menara Kastam, semalam.

Ramli berkata, satu lagi pemeriksaan melibatkan lori di Kawasan Import, Bangunan Sultan Iskandar, di sini kira-kira jam 2 petang Jumaat lalu.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu, pihaknya menemui lebih 300 karton atau 3,008,000 batang rokok keretek jenama LA Lights bernilai RM1,812,921.60 termasuk cukai.

":Rokok tersebut tidak mempunyai dakwat keselamatan dan tax stamp bagi membuktikan ia Kastam serta tiada tanda 'Amaran Oleh Kerajaan Malaysia','" katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda minimum 10 kali nilai rampasan atau maksimum 20 kali nilai rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan ketiga pada hari yang sama, pihaknya telah menahan sebuah lori di Jalan Lingkaran Dalam kira-kira jam 2.30 petang.

"Hasil pemeriksaan terhadap lori tersebut, sejumlah 200 karton atau 2,000,000 batang rokok putih jenama Canyon bernilai RM1,092,000 termasuk cukai ditemui.

"Dua orang pemandu dan kelindan lori berumur 30 tahun melarikan diri namun berjaya ditangkap setelah berlaku insiden kejar-mengejar," katanya.

Ramli berkata, walaupun pihaknya berjaya mematahkan banyak cubaan penyeludupan menerusi risikan dan bantuan mesin pengimbas, pihaknya masih mengalu-alukan lebih banyak maklumat daripada orang awam dalam usaha membanteras dan menghapuskan terus kegiatan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved