SH |
Posted: 13 Jul 2011 05:00 PM PDT Bela rakyat miskin, asnaf
Bela rakyat miskin, asnaf
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memperkenalkan 'Sistem Maklumat Workfare' untuk menjana ekonomi melalui bidang pekerjaan kepada rakyat miskin dan asnaf. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, bantuan juga diberikan kepada golongan kurang mahir dan berpendapatan rendah melalui bantuan modal asas dan latihan untuk meningkatkan taraf hidup. Menurutnya, melalui sistem baru itu maklumat graduan daripada keluarga miskin di negeri ini akan dikumpulkan dan menggalakkannya untuk menceburi bidang keusahawanan melalui bimbingan, latihan dan kemahiran. "Usaha ini diharapkan dapat memberikan keyakinan dan daya saing supaya lebih berwawasan dan berupaya membina hala tuju kehidupan yang lebih positif," katanya menjawab soalan mulut Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas-Sijangkang) tentang status perancangan Kerajaan Negeri membina pangkalan data bersepadu kepada rakyat miskin dan asnaf . Rodziah berkata, sistem tersebut juga akan menjadi pangkalan data untuk memuatkan maklumat berkaitan bantuan Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada rakyat Selangor. "Pangkalan data ini dapat membantu agensi berkaitan untuk merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan dan memastikan bantuan yang disalurkan tidak berlaku pertindihan serta disalurkan kepada rakyat yang betul-betul memerlukannya. "Sistem ini akan dilaksanakan secara portal dan boleh diakses oleh agensi, jabatan atau Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibenarkan," katanya. Beliau berkata, peruntukkan dan perolehan kos untuk sistem tersebut diluluskan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan