Khamis, 14 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Tidak perlu wujud suruhanjaya diraja: SPR

Posted: 13 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tidak perlu wujud suruhanjaya diraja: SPR

SHAH ALAM – Suruhanjaya siasatan diraja tidak perlu diwujudkan untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini seperti yang dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 kerana ia bertentangan dengan tugas dan undang-undang yang diperuntukkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR selama ini tidak pernah melanggar undang-undang, malah tiga fungsi utama suruhanjaya tersebut iaitu urusan pendafta-ran pemilih, menjalankan proses pilihan raya dan persempadanan semula sentiasa dipatuhi.

Menurutnya, SPR diwujudkan di bawah Akta Pilihanraya 1957 dan diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sendiri sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan proses demokrasi berjalan lancar.

"Kenapa mahu menubuhkan suruhanjaya diraja yang akan kembali kepada raja sedangkan SPR memang diperkenankan oleh raja mengikut perlembagaan undang-undang.

"Oleh itu, tuntutan mahu menubuhkan suruhanjaya diraja ini jelas satu perlanggaran undang-undang yang terbukti bercanggah dari segi tugas SPR," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Selain itu, Wan Ahmad turut menegaskan SPR sentiasa memperbaiki kelemahan dari masa ke semasa bagi memastikan proses pili-han raya adil demi kepentingan awam.

"SPR sering dituduh pelbagai dakwaan kononnya, tidak melakukan tugas diberi tetapi saya ingin tegaskan pihak ini tidak pernah berjaya membuktikan tuduhan mereka benar seperti undi hantu.

"Malah pihak berkata SPR bermain kotor ini telah memenangi banyak kerusi parlimen sehingga berjaya menidakkan jumlah dua pertiga kerusi Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat dan memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lalu serta penguasaan 22 tahun Pas di Kelantan," katanya.

SPR selama ini sentiasa bertindak di bawah undang-undang sedia ada dan sesetengah tuntutan dalam memorandum Bersih 2.0 memerlukan pindaan akta pilihan raya sedia ada.

"Sebagai contoh tempoh berkempen dituntut selama 21 hari, ramai beranggapan SPR melanggar undang-undang sedangkan dalam undang-undang sedia ada mensyaratkan tempoh berkempen tidak kurang tujuh hari. Jadi SPR selalunya meletakkan tempoh sembilan ke dua belas hari," katanya.

Kelmarin, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga meminta suruhanjaya diraja diwujudkan bagi memastikan proses pilihan raya di negara ini dikemaskinikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hina lagu Negaraku

Posted: 13 Jul 2011 05:00 PM PDT

Hina lagu Negaraku KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta bertindak tegas terhadap mana-mana pihak atau individu yang menghina lagu kebangsaan, Negaraku.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, disebabkan penguatkuasaan yang longgar dan tidak tegas, pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mempersendakan Negaraku.

"SKMM perlu mengkaji semula dan memperketatkan undang-undang di bawah bidang kuasanya untuk memastikan tiada pihak berterusan menghina lagu Negaraku menerusi saluran multimedia.

"Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu mewujudkan modul khusus dalam usaha menerap nilai jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar supaya mereka sentiasa menghormati Perlembagaan Negara," katanya ketika diminta mengulas tindakan seorang bekas penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menghina lagu Negaraku dan pemerintah negara dalam Facebook.

Sebelum ini, seorang penuntut sebuah universiti di Taiwan, telah menghina lagu Negaraku menerusi klip videonya dalam YouTube, tetapi tidak dikenakan tindakan.

Syed Anuar berkata, tindakan dan hukuman tegas wajar dikenakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan itu sebagai pengajaran kepada pihak lain.

Sementara itu, Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) masih menunggu laporan berhubung kes itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri yang juga Ahli Lembaga Pengarah UMT Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya sedang menunggu laporan lengkap daripada universiti berkenaan berhubung perkara itu.

"Sekiranya betul ia melibatkan penuntut UMT kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita kecewa dengan apa yang berlaku, tidak kira sama ada dilakukan penuntut atau individu lain," katanya.

Menurutnya, laporan sudah dibuat pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved