Khamis, 14 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kuarters PGA terbakar

Posted: 13 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kuarters PGA terbakar KOTA BHARU- Sebuah bangunan di tingkat empat kuarters Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Pengkalan Chepa, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 1.00 petang semalam.

Kebakaran terbabit menyebabkan sebuah keluarga terpaksa berputih mata apabila kesemua barangan dalam rumah yang didiami itu tidak dapat diselamatkan.

Ketika kejadian, mangsa, Surinang Ismail, 46, sedang menonton televisyen bersama seorang cucunya, Mohd Adid, yang berusia setahun enam bulan.

Seorang lagi cucunya yang berusia 7 tahun berada di dalam bilik selepas pulang dari sekolah.

"Saya terdengar bunyi meletup dua kali dari arah bilik berdekatan dengan televisyen. Setelah itu saya nampak kepulan asap dan terus membawa kedua-dua cucu saya turun ke bawah bagi menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, ketika kejadian suaminya keluar bekerja dan dia tinggal bersama dua cucunya itu.

"Semenjak tinggal di sini tiga tahun lalu, ini merupakan kejadian pertama di kuarters baru ini.

"Saya langsung tidak dapat menyelamatkan barang-barang dalam rumah, namun apa yang lebih penting adalah keselamatan diri dan cucu yang diutamakan," katanya.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba Pengkalan Chepa, Sharberi Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.55 petang.

"Dua jentera bomba dari balai Pengkalan Chepa bersama 10 anggota bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api dalam masa 10 minit.

"Punca kebakaran masih disiasat dan kerugian dianggarkan bernilai hampir RM205,00,"katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved