Khamis, 14 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Teliti tindakan undang-undang di Australia

Posted: 13 Jul 2011 05:00 PM PDT

Teliti tindakan undang-undang di Australia KUANTAN - Save Malaysia berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menghentikan operasi syarikat Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) menerusi gerakan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) di kawasan perindustrian, Gebeng.

Pengerusinya, Tan Bun Teet berkata, tindakan itu akan diambil di Australia berikutan perbezaan undang-undang di negara tersebut.

Menurutnya, peruntukan undang-undang di sana membolehkan sesiapa saja boleh mengambil tindakan undang-undang untuk menghentikan operasi syarikat terbabit sebelum ia beroperasi jika mempunyai bukti kukuh ia boleh menjejaskan dari aspek hak asasi manusia, kesihatan, dan alam sekitar.

"Berbeza di sini, ia boleh dilakukan apabila syarikat itu sudah beroperasi dan berlaku kerosakan daripada aspek dinyatakan.

"Oleh itu, kita merayu orang ramai dapat membantu Save Malaysia untuk menampung kos guaman di sana kerana ia memerlukan kos tinggi," katanya, semalam.

Beliau berkata, tindakan itu susulan lawatan 12 ahli kumpulan itu ke Australia bermula 3 hingga 10 Julai lalu dalam usaha mendapatkan sokongan dan memberikan penjelasan berhubung bantahan rakyat Malaysia terhadap kilang itu.

Ditanya aktiviti kumpulan itu di sana, beliau memberitahu, terdapat kunjungan� ke Parlimen Australia serta perjumpaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar.

"Kita terharu kerana kunjungan ke sana mendapat respons positif daripada mereka yang memahami tujuan dan kerisauan kita terhadap operasi kilang ini di Malaysia," katanya.

Bun Teet berkata, kumpulan itu sudah membuat kesimpulan berdasarkan kunjungan mereka iaitu menemui pilihan baru untuk menghentikan operasi kilang dari Australia itu selain mengharapkan rayuan kumpulan itu mendapat sokongan rakyat Malaysia untuk menolong dan menjayakan misi itu.

"Selain itu, kita mengharapkan agar syarikat itu menjemput kita untuk berkunjung ke tapak operasi di Gebeng dan mengharapkan agar kita turut dibabitkan dalam sebarang perjumpaan dan penerangan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved