Khamis, 14 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Polis cari lima lelaki untuk bantu siasatan kes bunuh di Sungai Nibong

Posted: 13 Jul 2011 05:00 PM PDT

Polis cari lima lelaki untuk bantu siasatan kes bunuh di Sungai Nibong

GEORGE TOWN - Polis sedang berusaha mengesan lima lagi suspek yang dipercayai dapat membantu dalam siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di Lorong Rumbia 1, Sungai Nibong di sini, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata kesemua mereka yang berumur antara 17 dan 32 tahun itu dipercayai masih berada di Pulau Pinang.

Mereka terdiri daripada Chee Chia Heng yang beralamat di No 7115 Blk J MK 12, Permatang Damar Laut; Ong Teik Kwong (Blok 3-3-14 Lintang Bayan 8, Seri Delima, Sungai Ara); T. Karthigayen (No 35, Jalan Bukit Rawang Putra 8, Taman Putra Rawang, Rawang); K. Gobinath yang beralamat di D-46-B, Sungai Nibong Kechil, Bayan Lepas; dan C. Gomaredas yang beralamat di 1-13-17, Lorong Aziz
Ibrahim, Sungai Nibong, Bayan Lepas).

Pada 21 Jun lepas Choong Chor Nim, 35, maut selepas diserang empat lelaki bersenjatakan parang di hadapan rumahnya kira-kira pada pukul 2.45 pagi.

Choong yang dikatakan baru pulang ke rumahnya bersama teman wanita berusia 19 tahun parah apabila ditetak berkali kali sehingga otaknya terburai sebelum dibiarkan terbaring di hadapan rumahnya.

Gan berkata polis sebelum ini menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan, bagaimanapun dua daripadanya dibebaskan.

Beliau berkata pembunuhan itu bermotifkan dendam kerana suspek tidak puas hati dengan mangsa berikutan satu pergaduhan yang berlaku di sebuah pusat hiburan di Jalan Argyll, di sini sebelum kejadian.

Gan berkata suspek dipercayai terlibat dengan sindiket VCD cetak rompak yang beroperasi di Batu Maung serta bergiat aktif sebagai Ah Long.

Dalam perkembangan lain, Gan berkata polis sedang berusaha mengesan cap jari daripada beg berwarna biru, hitam dan merah yang ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, Selasa lepas.

Beliau berkata individu yang meninggalkan beg yang mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam itu dipercayai merupakan seseorang yang sudah biasa dengan kawasan berkenaan.

Katanya beg itu ditinggalkan di kawasan yang tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Selasa lepas pihak berkuasa mendapat panggilan yang mendakwa terdapat bom di Komtar hingga memaksa polis mengosongkan bangunan itu, dan seterusnya membawa kepada penemuan tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jamuan negara sempena tamat tempoh Agong dicadangkan di Istana Negara baru

Posted: 13 Jul 2011 05:00 PM PDT

Jamuan negara sempena tamat tempoh Agong dicadangkan di Istana Negara baru

KUALA LUMPUR - Jamuan negara sempena tamatnya tempoh perkhidmatan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada Disember ini dicadangkan diadakan di Kompleks Istana Negara baru, yang terletak di atas bukit berhampiran Jalan Duta di sini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, jika kompleks itu siap sepenuhnya bulan depan, beliau akan memohon kepada Kabinet supaya jamuan negara diadakan di situ.

"Kami melihat daripada sudut persiapan sama ada boleh diadakan jamuan negara untuk majlis besar tersebut, jadi peralatan yang kami lihat menunjukkan bahawa Istana Negara baru itu boleh disiapkan menjelang Ogos," katanya selepas menghadiri Majlis Santai Makan Tengahari bersama menteri anjuran Media Prima Berhad di sini, hari ini.

Rais turut menyatakan rasa puas hatinya melihat hiasan dalaman kompleks itu mempunyai ciri-ciri warisan yang boleh menjadi khazanah kepada negara.

Pagi tadi, Rais meluangkan masa kira-kira sejam melawat lokasi pembinaan Kompleks Istana Negara baru bernilai RM800 juta itu.

Lawatan itu turut disertai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Rais, yang diiringi Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf serta pegawai Jabatan Kerja Raya, kemudian meninjau ke bangunan utama kompleks itu.

Pembinaan kompleks itu, yang merangkumi tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta), bagi menggantikan Istana Negara yang sudah digunakan sejak 1928.

Pelantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa 13 Disember 2006 bagi menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, diisytiharkan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya.

Mesyuarat itu turut mengisytiharkan pelantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga untuk tempoh lima tahun, berkuatkuasa pada tarikh sama. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved