Khamis, 23 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas menteri Perancis didakwa rogol 2 wanita

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bekas menteri Perancis didakwa rogol 2 wanita PARIS - Seorang bekas menteri Perancis didakwa merogol dua wanita dalam serangan seksual semasa mereka bertugas di pejabatnya di Dewan Perbandaran Draveil, menurut pendakwa raya negara itu, kelmarin.

Georges Tron, 53, yang turut memegang jawatan Datuk Bandar Draveil serta ahli Parti Kesatuan Gerakan Rakyat (UMP) pimpinan Presiden Nicolas Sarkozy ditahan pada Isnin lalu.

Tron menafikan dakwaan itu walaupun kedua-dua mangsa dilapor mengemukakan bukti kukuh berhubung perbuatannya dan dia kini dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.

Bekas Menteri Rendah Perkhidmatan Awam itu meletak jawatan pada 29 Mei lalu, iaitu beberapa hari selepas seorang lagi bekas menteri Perancis yang juga bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa, Dominique Strauss-Kahn ditahan atas dakwaan melakukan serangan seksual di New York.

Arab Saudi sumbang RM212 juta kepada Gaza

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Arab Saudi sumbang RM212 juta kepada Gaza AMMAN - Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin mengumumkan Arab Saudi akan menyumbang AS$70 juta (RM212 juta) untuk projek pembinaan kawasan perumahan penduduk di Genting Gaza.

Pembinaan 1,200 rumah dan 18 buah sekolah di wilayah Palestin itu bakal menjadi projek pembinaan terbesar di Gaza sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, projek itu mungkin berhadapan kesukaran akibat sekatan rejim Israel terhadap kemasukan bahan binaan ke Gaza yang berlarutan sejak pemerintahan kerajaan Hamas pada 2007.

Selain itu, Jepun juga menjadi negara penyumbang bagi membiayai projek perumahan untuk rakyat Palestin itu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved