Khamis, 23 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPRM diminta siasat kos guaman menteri

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

SPRM diminta siasat kos guaman menteri KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara diminta menyiasat isu wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) digunakan untuk membiayai kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kes qazaf membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Jamil Khir, kos guaman bagi Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali juga digunakan daripada peruntukan yang sama.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, wang MAIWP tidak sepatutnya digunakan untuk membiayai urusan itu kerana ia hanya boleh disalurkan untuk kegunaan lapan asnaf yang layak.

"Mengikut kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat, sebanyak RM32,000 peruntukan MAIWP yang berupa wang zakat digunakan untuk tujuan itu. Saya mahu tanya, apakah seorang menteri dan pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang layak terima zakat? Sudah tentu tidak," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Selain itu, kata Saifuddin, Che Mat yang juga Setiausaha MAIWP turut memohon dan meluluskan peruntukan itu atas namanya sendiri.

"Dari segi tata kelolanya, jelas salah. Dari segi undang-undang, yang memohon dan meluluskan orang yang sama, jadi kita minta SPRM dan Ketua Audit Negara siasat perkara ini," katanya.

Perubahan dasar pendidikan perlu

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Perubahan dasar pendidikan perlu SUBANG – Dasar pendidikan mesti berasaskan identiti dan jati diri sesebuah negara bagi menjayakan transformasi pendidikan negara ke arah melahirkan pelajar cemerlang dari pelbagai aspek.

Ahli panel terdiri daripada bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Asiah Abu Samah; Timbalan Naib Canselor Akademik Universiti Malaya (UM) Prof Dr Jamil Maah dan Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berpendapat pengetua berkualiti akan menghasilkan suasana persekolahan interaktif dan bertindak sebagai pemangkin kejayaan pelajar.

Riduan Tee berkata, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) berhadapan masalah demi masalah tetapi penyelesaian sukar kerana dasar pendidikan berubah-ubah mengikut menteri yang menjawat jawatan di Kementerian Pelajaran.

"Sebagai contoh, pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sedang dilaksanakan muncul pula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

"Belum pun sesuatu dasar yang digubal terlaksana sepenuhnya, telah wujud dasar baru setelah berlaku pertukaran menteri menyebabkan pelajar dan guru menjadi celaru dan tidak dapat melaksanakan secara drastik," katanya pada sesi pembentangan forum kepimpinan Holistik menjana Transformasi Kepimpinan Negara sempena persidangan MPSM di sini, semalam.

"Kita terus bermain politik kerana suara ibu bapa lebih didengari walaupun mereka hanya golongan minoriti. Kita perlu bangun dalam mempertahankan sistem KBSR, KBSM dan perlu rujuk pandangan pakar jika kurang faham kerana ianya masih relevan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved