Khamis, 23 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bekas pimpinan PKR bantah

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bekas pimpinan PKR bantah IPOH – Lebih 10 bekas pimpinan PKR negeri diketuai bekas Ketua Pemangku Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Faizal Effendi Hashim, membuat laporan polis di sini semalam, bagi membantah Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai depan di Kuala Lumpur.

Faizal berkata, perhimpunan berkenaan perlu dihalang kerana ianya bakal memberi banyak kesan buruk khususnya kepada rakyat.

Menurutnya, perhimpunan itu juga bakal mengakibatkan kesesakan lalu lintas selain menjejaskan ekonomi orang ramai khususnya para peruncit, pemandu teksi dan sebagainya.

"Perhimpunan ini juga bakal memberi persepsi negatif terhadap imej keamanan Malaysia.

"Pada 2007 lalu, kami pernah terlibat secara langsung dengan perhimpunan ini dan kami akui kesannya telah mengakibatkan kesusahan kepada rakyat.

"Oleh itu, kami mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi menghalang perhimpunan ini daripada berlangsung," katanya kepada pemberita.

Faizal berkata demikian pada sidang media di sini semalam setelah membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan berkenaan.

Hadir sama, bekas Ketua Penerangan Wanita PKR Negeri, Suraya Sulaiman dan bekas pimpinan PKR dari Padang Rengas, Gerik, Tanjung Malim, Parit dan Kampar.

Sementara itu, Faizal berkata, perhimpunan berkenaan sengaja dibuat untuk mewujudkan gelombang kebencian rakyat terhadap Kerajaan termasuk para pemimpin di negara ini.

Katanya, pihak penganjur perhimpunan ini juga jelas cuba memperalatkan perhimpunan ini untuk mendapat publisiti murahan.

"Secara keseluruhan, kami mendesak agar perhimpunan ini dapat dihalang oleh pihak berkuasa kerana ianya jelas memberi imej yang tidak sihat kepada negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved