Khamis, 23 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes cerai Zakiah tergantung lagi

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kes cerai Zakiah tergantung lagi PETALING JAYA – Kemelut rumah tangga pengacara televisyen, Zakiah Anas dan suaminya, Mohamad Yusof Taib belum menampakkan jalan penyelesaian walaupun telah menjalani proses perbinca-ngan hakam yang dilantik pihak masing-masing pada perbicaraan lalu di Mahkamah Rendah Syarie, di sini.

Malah ketika prosiding tertutup yang bermula kira-kira jam 10.20 pagi semalam, berlaku kekecohan di luar mahkamah membabitkan keluarga Zakiah dan Mohamad Yusof.

Difahamkan, ia berpunca kerana kes terbabit berlarutan hampir dua tahun tanpa penyelesaian kerana Mohamad Yusof enggan menceraikan Zakiah walaupun wanita itu nekad berpisah.

Berikutan kegagalan perbincangan dengan hakam sebelum ini, Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad melantik secara rasmi peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie, sebagai wakil hakam Zakiah dan Imam Kampung Johan Setia, Klang, Tuan Mohd Zamani Tuan Ahmad mewakili Mohamad Yusof.

Beliau menetapkan 25 Julai depan untuk pembentangan laporan hakam sebelum mahkamah memberi keputusan sama ada bercerai secara baik atau khuluk (tebus talak).

Zakiah pernah menfailkan permohonan cerai sebanyak dua kali, iaitu kepada fasakh dan taklik sebelum menarik semula permohonan pada 1 September 2009.

Serentak dengan penarikan itu, Mohamad Yusof turut menarik permohonan kembali taat dan nusyuz dan pada Januari 2010, Zakiah sekali menfailkan cerai secara baik dan berlanjutan sehingga kini.

Guna tangki kapal sembunyi diesel

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Guna tangki kapal sembunyi diesel KUALA KEDAH - Taktik licik sebuah syarikat perkapalan menyembunyikan diesel subsidi dalam sebuah kapal yang kononnya sedang diperbaiki berjaya ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah awal pagi semalam.

Diesel itu dipercayai dibeli daripada nelayan di tengah laut sebelum dipindahkan ke tangki kapal berkenaan untuk simpanan.

Ketua operasi itu, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, kejayaan itu adalah hasil intipan sejak awal malam kelmarin sebelum membuat serbuan dalam kapal itu sekitar jam 11 pagi.

Beliau berkata, sewaktu diserbu sembilan anggota penguat kuasa terdapat beberapa pekerja sedang membuat kerja membaiki sebuah kapal yang digunakan menarik tongkang dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi sambil diawasi seorang penyelia.

"Hasil pemeriksaan rapi yang dilakukan dalam kapal itu, kami menjumpai 1,500 liter diesel subsidi disembunyikan dalam dua tangki minyak kapal berkenaan, satu di bahagian atas kapal manakala satu tangki terletak di bahagian perut kapal.

"Anggaran harga pasaran diesel yang dirampas ialah RM4,200 dan syarikat berkenaan didapati tidak layak menerima subsidi diesel. Tindakannya membeli diesel subsidi daripada nelayan adalah salah dari segi undang- undang," katanya di Kampung Ulu, di sini semalam.

Ahrazzuddin berkata, kedua-dua tangki kapal itu boleh memuatkan sehingga 5,000 liter dan kaedah mengepam diesel dari tangki bawah ke bahagian tangki atas akan dilakukan setiap kali mahu menggunakannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved