Khamis, 23 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

20 pelajar histeria

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

20 pelajar histeria SUNGAI BAKAP – Hampir 20 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek mengalami kejadian aneh apabila mereka dikatakan menjerit dan meronta-ronta selama beberapa jam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 10 pagi semalam itu bertambah cemas apabila seorang demi seorang pelajar terbabit menjerit sambil meronta-ronta sebelum mereka rebah dan tidak sedarkan diri.

Seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Nana berkata, semuanya berlaku apabila sekumpulan pelajar perempuan Tingkatan Dua dan Tiga selesai menjalani latihan bola baling di padang sekolah.

"Saya difahamkan, ketika berada di padang, rakan-rakan terlihat beberapa lembaga hitam sedang memerhatikan mereka daripada ruang udara.

"Mereka yang tidak hirau akan kehadiran lembaga berkenaan terus bermain seperti biasa sehinggalah tamat sesi latihan," katanya.

Menurutnya, selepas beberapa minit kemudian, dia terdengar jeritan yang menyeramkan dan seterusnya jeritan itu bersahutan antara satu sama lain.

"Ingin mengetahui terhadap apa yang berlaku, saya melihat dari luar kelas dan mendapati beberapa rakan saya seperti ada suatu kekuatan luar biasa.

"Mereka berlari dan meronta-ronta sambil menjerit sekuat hati. Keadaan terbabit berterusan apabila seorang demi seorang pelajar seolah-olah dirasuk.

"Terdahulu, kejadian ini pernah berlaku namun hanya melibatkan seorang dua pelajar tetapi semalam ia melibatkan hampir 20 pelajar perempuan," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Ishak Hamid, 58, yang pernah berkhidmat di sekolah terbabit sekitar lima tahun lalu berkata, kejadian berkenaan pernah berlaku tetapi tidaklah serius seperti semalam.

"Pelbagai pengalaman pernah saya lalui.

"Pernah suatu hari saya dikejutkan dengan satu dentuman kuat daripada salah satu bangunan sekolah. Bagi melihat apa yang berlaku, saya menghampiri bangunan terbabit dan melihat beberapa lembaga sedang berjalan.

"Tergamam apa yang dilihat, saya terus beristighfar dan berdoa moga apa yang dilihat itu adalah satu khayalan.

"Kehadiran makhluk halus ini memang wujud cuma kita tidak boleh mempercayainya.

"Sebagai manusia biasa, kita juga harus ingat bahawa setiap tindakan yang dibuat perlu berhati-hati kerana bukan kita sahaja makhluk ciptaan Allah dan kekuatan amal ibadat itu juga dapat menghindari kita daripada diganggu makhluk halus.

Sementara itu, seorang waris pelajar yang enggan dikenali berkata, selepas pihak sekolah memaklumkan bahawa anaknya diserang histeria, dia terus bergegas ke rumah.

"Mujurlah jarak rumah dan sekolah tidak jauh. Tanpa berfikir panjang, kakak terus mencapai Yasin dan bergegas ke sekolah dengan harapan keadaan anak berada dalam keadaan terkawal.

"Kakak tidak akan menyalahkan pihak sekolah sebaliknya berharap agar pihak sekolah dapat meningkatkan lagi mutu pemantauan terhadap pelajar dalam menjalani sebarang aktiviti, " katanya.

Sinar Harian juga difahamkan bahawa sejurus kejadian terbabit, pihak guru mengarahkan semua pelajar dikehendaki keluar daripada kelas dan berkumpul di tapak perhimpunan bagi mengelak perkara yang tidak diingini terus berlaku.

Beberapa pengamal perubatan tradisional dan ustaz turut dijemput bagi memulihkan keadaan.

Dalam pada itu, Pegawai Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan (PPD SPS), Rosli Hashim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu bahawa pihaknya masih lagi menunggu laporan daripada pihak sekolah berhubung kejadian terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved