Khamis, 23 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Modenas CTric, motosikal elektrik pertama

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Modenas CTric, motosikal elektrik pertama Ditawarkan dalam dua warna oren dan hijau, Modenas CTric menampilkan reka bentuk hampir sama dengan Modenas CT, namun berbeza dari segi komponen teknikalnya.

Dijual pada harga RM4,888 (termasuk insurans), motosikal elektrik pertama ini dihasilkan di Malaysia dengan 80 peratus komponen tempatan manakala komponen selebihnya diimport dari China.

Menurut Ketua Eksekutif Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), Abd Halim Ismail CTric adalah motosikal elektrik pertama negara mendapat kelulusan piawaian SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Ia menggunakan 5 unit 'lead acid' bateri 12V/20AH berasaskan teknologi Gel Nano yang boleh dikitar semula 100 peratus selepas tamat tempoh hayatnya.

"Berkemampuan sehingga 500 kitaran, bateri ini juga mempunyai nilai beli semula," katanya.

CTRic turut menggunakan Motor Arus Terus Tanpa Sesentuh yang kalis air dan mempunyai kuasa 3.60kW atau 80 kilometer sejam serta mempunyai ciri istimewa seperti Gandar Galas Berkelajuan Tinggi dan Penderia 'Honeywell Hall'. Pada kelajuan purata 30 kilometer sejam, ia berupaya mencapai jarak 60km pada setiap cas penuh dan berkemampuan mencapai had laju 70km sejam serta sesuai digunakan dalam radius 30 ke 50 km sehari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masa depan institusi perbankan Islam negara berdaya tahan

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Masa depan institusi perbankan Islam negara berdaya tahan Masa depan institusi perbankan Islam negara kini lebih berdaya saing berdasarkan kemampuannya dalam keadaan terbuka selaras dengan ekonomi negara yang kompetitif.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, terdapat 21 institusi bank Islam di seluruh negara dengan jumlah aset RM351 bilion atau 20.8 peratus daripada jumlah keseluruhan aset perbankan di Malaysia berbanding dengan 16.5 peratus pada 2009.

"Institusi perbankan Islam domestik mempunyai 11 buah, manakala institusi perbankan Islam asing terdapat enam dan bagi antarabangsa pula, kita sudah ada empat.

"Sekali gus menggambarkan masa depan perbankan Islam negara kini lebih cerah selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia pusat kewangan Islam antarabangsa terunggul," katanya menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Siti Zailah ingin tahu mengenai implikasi kepada masa depan perbankan Islam di Malaysia dan tujuan penstrukturan semula bank dilaksanakan.       

Awang Adek berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan penstrukturan semula dan tidak mencadangkan kepada bank-bank Islam kecuali dilakukan oleh bank-bank itu sendiri.

"Sebelum ini, kerajaan telah pun melaksanakan dasar penggabungan dengan 23 kepada sembilan buah.

"Memandangkan suasana ekonomi semakin kompetitif, bank akan bergerak untuk mencari jalan dan pendekatan berdasarkan kepentingan yang akan memberi kelebihan kepada mereka," katanya.

Beliau juga berkata, dasar penggabungan bank sebelum ini, telah memberi kesan cukup baik kepada negara di mana menjadi lebih kukuh dengan sokongan modal lebih tinggi, penambahan cawangan serta profil kebangsaan menyeluruh.

"Ini juga meningkatkan pengurusan risiko dalaman serta kualiti aset, hasil pengurusan lebih efisien, memperkukuhkan jenama serta kedudukan kewangan bank-bank dan berkemampuan untuk menerokai pasaran serantau dan global," katanya. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved