Khamis, 23 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Cubaan ke Australia gagal

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Cubaan ke Australia gagal SENAI - Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan warga Pakistan yang dipercayai untuk diseludup keluar oleh sindiket penyeludupan manusia melalui 'jalan tikus' dipercayai bagi mendapatkan perlindungan di Australia.

Pengarah Imigresen negeri, Nasri Ishak berkata, lapan lelaki tersebut yang berusia antara 30 hingga 40an ditahan menerusi operasi bersepadu bermula jam 2.30 petang semalam, di dalam sebuah bangsal dalam hutan di tepi pantai di Tanjung Leman, Mersing, di sini.

"Kita juga berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 50-an dipercayai penjaga pondok terbabit.

"Hasil soal siasat seorang dari imigran berkenaan mendakwa sudah tiga hari berkampung di kawasan berkenaan bersama rakan lain sementara menunggu masa sesuai untuk diseludup keluar," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nasri berkata, warga asing ini juga dikatakan sanggup membayar lingkungan RM10,000 hingga RM15,000 seorang bagi mencapai impian mendapat kehidupan lebih baik di negara ketiga.

Beliau berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan, seterusnya :pasukan penguat kuasa itu menyerbu sebuah pondok di situ yang dipercayai lokasi imigran asing ini disembunyikan.

Katanya, maklumat awal diterima pihaknya mendakwa seramai 200 imigran sedang berlindung di lokasi terbabit, namun hanya lapan berjaya ditahan, dipercayai imigran terbabit berjaya menghidu kehadiran pihak berkuasa lebih awal sebelum serbuan dijalankan.

"Hasil maklumat risikan yang kita terima, Imigresen, APMM dan SPRM menyerbu pondok terbabit bagaimanapun hanya lapan lelaki berjaya ditahan dan bukannya 200 individu seperti didakwa.

"Pemeriksaan mendapati pasport digunakan imigran itu dipercayai palsu, malah visa pada dokumen berkenaan juga dipercayai tiruan. Ini adalah taktik bagi mengaburi pihak berkuasa dan motif utama mereka ingin ke Australia masih disiasat," katanya.

Difahamkan, sindiket itu biasanya menggunakan laluan di Selat Tebrau serta singgah di beberapa lokasi di Indonesia dan Timor Leste sebelum meneruskan perjalanan ke Darwin, Australia.

Kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved