Ahad, 19 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


AS adakan rundingan bersama Taliban

Posted: 18 Jun 2011 05:00 PM PDT

AS adakan rundingan bersama Taliban

KABUL - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai menyatakan, Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan bersama kumpulan pejuang Taliban, kelmarin.

Karzai berkata, rundingan antara mereka didakwa berlangsung dengan baik.

Pada awal tahun ini, Setiausaha Negara AS menggesa kumpulan Taliban supaya menghentikan keganasan dan menerima perlembagaan.

Bagaimanapun, pegawai di Kedutaan Besar AS seakan tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal itu kerana menganggap rundingan itu masih di peringkat awal dan mereka masih berusaha untuk mencapai kata sepakat.

Terdahulu, Karzai menubuhkan Majlis Tertinggi sebagai usaha untuk mengadakan rundingan bersama Taliban tetapi gagal selepas cadangan kerajaan ditolak oleh mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tukang masak wanita penyebar E.coli

Posted: 18 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tukang masak wanita penyebar E.coli FRANKFURT - Pegawai kesihatan Jerman mengesahkan mereka telah mengenal pasti kes pertama melibatkan manusia sebagai penyebar bakteria berbahaya, Escherichia coli (E.coli).

Seorang wanita yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah syarikat katering berhampiran Frankfurt didakwa dijangkiti E.coli selepas termakan taugeh tercemar lalu menyebarkannya kepada 20 pelanggan lain.

Menteri Kesihatan, Daniel Bahr berkata, kini mereka sudah menemui bukti baru yang menunjukkan manusia juga boleh menjadi penyebar utama bakteria tersebut.

Krisis penularan bakteria E.coli bermula sejak bulan lalu turut menyebabkan sekurang-kurangnya 40 maut, sekali gus mencetuskan ketakutan di seluruh Eropah selain menyebabkan kerugian eksport kepada petani.

Pakar bidang penyakit berjangkit di Makmal Medilys, Hospital Asklepios Hamburg, Susanne Huggett berkata, kajian mereka mendapati bakteria itu boleh merebak melalui penyediaan makanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved