Ahad, 19 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Rezeki Pulau Bunting

Posted: 18 Jun 2011 05:00 PM PDT

Rezeki Pulau Bunting ALOR SETAR - Kedah bercadang menjadikan Pulau Bunting di daerah Yan sebagai pelabuhan antarabangsa apabila projek landasan kereta api berkembar Kunming, China ke Ipoh siap pada 2013.

Selain itu, ia dapat merancakkan aktiviti perniagaan apabila projek penapisan minyak Hab Hidro Karbon Sungai Limau (SULIHH) beroperasi.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selain membuka pelabuhan baru itu, Kerajaan Negeri bercadang membina landasan kereta api yang menghubungkan Pulau Bunting ke Kobah di Pendang.

"Saya yakin hasrat ini akan tercapai kerana beberapa pelabur dari Kunming, China menunjukkan minat untuk menjadikan Pulau Bunting sebagai pelabuhan bagi memindahkan produk mereka sebelum dieksport ke Afrika dan Australia," katanya.

Menurutnya, dengan adanya SULIHH dan pelabuhan di Pulau Bunting kelak, pembangunan di sekitar kawasan Sungai Limau akan berkembang pesat dan mampu menjana pendapatan penduduk setempat.

"Kedua-dua projek pembangunan itu amat penting kepada Kerajaan Negeri, terutama industri minyak yang memerlukan pengangkutan darat yang efisien untuk dibawa keluar dari Kedah," katanya.

Azizan berkata, kewujudan Pulau Bunting sebagai pelabuhan baru juga amat dialu-alukan pelabur antarabangsa sebagai tempat persinggahan kapal dagang kerana ia lebih efisien dan menjimatkan kos.

"Kita rancang dahulu dan apabila siap landasan berkembar China-Ipoh kelak, saya yakin barangan dari China yang akan dieksport akan transit di pelabuhan ini kerana lebih dekat dan menjimatkan kos berbanding pelabuhan sedia ada di Seberang Perai," katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri masih dalam perundingan dengan pihak terbabit, namun enggan mendedahkan pelabur atau syarikat terlibat.

"Apabila semuanya sudah dimeterai saya akan umumkan, namun saya yakin dapat sokongan Kerajaan Pusat dalam perkara ini. Kita sudah hantar kertas cadangan dan mendapat maklum balas, terpulang pada kebenaran mereka untuk bangunkan kawasan mana," katanya.

Azizan berkata, selain mengurangkan kesesakan, kewujudan pelabuhan itu kelak berperanan sebagai tempat transit menyimpan barangan sebelum dieksport ke negara lain.

"Pembinaan pelabuhan ini dalam perancangan dan persediaan awal kini masih di peringkat pandangan dan sokongan," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan projek SULIHH, Azizan berkata, pelaksanaan projek bernilai RM36 bilion yang lebih setahun tertangguh berikutan pelabur menarik diri tetap diteruskan.

"Kita sudah ada pelabur baru dan merancang membuka beberapa pembangunan di sekitar termasuk infrastruktur dan lebuh raya menghubungkan tapak SULIHH," katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pelabur untuk merealisasikan pembinaannya sebagai tempat tapisan minyak yang mampu menjana pendapatan negeri mahupun rakyat.

"Merapoh Resources Sdn Bhd dan pelabur baru terbabit akan berbincang mengenai pelaksanaan dan tindakan lanjut, mungkin ada sedikit perubahan. Saya harap dapat dimulakan secepat mungkin," katanya.

SULIHH adalah projek penapisan minyak di kawasan tambak laut di Sungai Limau, Yan. Minyak mentah dari Timur Tengah akan diproses untuk dieksport semula ke China dan negara Asia lain apabila loji itu beroperasi.

Minyak yang diproses di SULIHH disalurkan ke depot simpanan Jerlun untuk dieksport semula melalui paip bawah tanah dari Bukit Kayu Hitam yang disambung ke Thailand.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved