Ahad, 19 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Lagi produk makanan dari Taiwan tercemar

Posted: 18 Jun 2011 05:00 PM PDT

Lagi produk makanan dari Taiwan tercemar

KUANTAN - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan produk makanan Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder yang diimport dari Taiwan dicemari bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ini berdasarkan analisis yang dijalankan kementerian ke atas dua produk makanan itu.

"Bagaimanapun satu lagi produk iaitu Natural Beauty Drink Powder tidak dicemari DEHP dan sehubungan itu, saya menasihatkan produk Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder dihentikan penjualannya serta-merta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat MCA Bahagian Kuantan di sini hari ini.

Beliau turut menasihati pengguna yang telah membeli produk makanan tersebut supaya tidak memakannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan sampingan.

Akhbar semalam melaporkan beberapa produk dari Taiwan dipercayai tercemar dengan bahan kimia DEHP termasuk produk keluaran Chuang"s King Tai Chang Food Co. Lt. Taiwan yang diimport oleh Nguan Seng Sdn Bhd, dan Natural Beauty Drink Powder dan Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder keluaran Prince Pharmaceutical Co. Lt. yang diimport oleh Billion Synergy Sdn Bhd. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khairy tunjuk kuasa : siapa yang rugi?

Posted: 18 Jun 2011 05:00 PM PDT

Khairy tunjuk kuasa : siapa yang rugi?

Bloger, Muhammad Azli Shukri berpendapat bahawa, sesiapa sahaja yang menyertai demonstrasi pada 9 Julai ini tetap dikira berdosa, sama ada aman atau pun tidak.

Menurutnya, Kerajaan setakat ini tidak meluluskan mana-mana organisasi atau pergerakan untuk mengadakan sebarang demonstrasi.

"Tidak kiralah Pemuda UMNO, BERSIH atau pun PERKASA - semua akan menanggung dosa jika terus menentang keputusan pihak kerajaan yang mengharamkan perhimpunan tersebut.

"Ketaatan terhadap pemimpin itu wajib selagi perintahnya tidak melanggar syariat Islam. Dalam hal ini, kerajaan mempunyai pertimbangan yang sangat tepat dari pelbagai aspek sebelum mengharamkan perhimpunan tersebut.

"Bahkah sebagai rakyat biasa wajib bagi kita mentaati perintah kerajaan tersebut. Walaupun di sisi perlembagaan mengizinkan perhimpunan aman, namun ia bukanlah boleh dibuat sesuka hati tanpa terlebih dahulu mendapatkan permit daripada pihak berwajib," katanya didalam blog.

Sekiranya keizinan dan permit tidak diperoleh, maka perhimpunan juga tidak boleh diadakan. Sekali lagi beliau menegaskan kepada semua pemuda UMNO agar menjauhi perhimpunan tersebut walau atas nama apa sekali pun.

Ia muktamad. Ia berdosa dan ini bukan cara yang diseru oleh Islam. Khairy perlu menghormatinya.

Sumber daripada blog azlishukri today

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved